Pengarah Gundam 00, kini kembali ke francais gundam untuk menceritakan tentang Gundam 00 “Revealed chronicle” iaitu tajuk baru dalam siri gundam tersebut. Untuk kali ini, mereka menggunakan pendekatan lain iaitu animasi “CG”. Namun dengan pengumuman ini, mereka masih belum mendedahkan bahawa Gundam 00 “Revealed Chronicle” ini akan ditanyangkan sebagai filem ataupun siri.

Jalan cerita mengambil tempat pada tahun 2307 M mengikut Kalendar Gregory. Pada zaman ini, bekalan bahan api fosil semakin habis dan pengedarannya menjadi tidak seimbang. Manusia terpaksa bergantung pada sistem janakuasa tenaga suria yang mengelilingi bumi, dan disokong oleh tiga lif angkasa, setiap satunya dikawal oleh salah satu daripada tiga kuasa besar dunia. Siri ini menceritakan mengenai empat juruterbang “mobile suit” yang berpihak kepada Celestial Being. Mereka cuba mencipta era baru keamanan dengan melumpuhkan angkatan tentera dunia, tetapi campur tangan bersenjata mereka sebaliknya mencetuskan konflik yang lebih merosakkan yang mengancam masa depan umat manusia.
Menurut Wikipedia
Dalam Gundam 00 “Revealed Chronicle”, spinoff baru akan mendalami tentang kisah yang belum diceritakan dalam siri sebelum ini. Cerita ini dikatakan bukan cerita yang penuh dan akan menceritakan peristiwa yang berlaku diantara musim pertama dan kedua. Dalam cerita baru ini, mereka akan menampilkan “mobile suit” yang baharu untuk Setsuna, Lockon dan lain-lain.


Siaran langsung yang berdurasi 1 jam 49 minit, mereka juga mendedahkan bahawa akan ada “Metal Build Gundam figure” terbaru untuk barisan Gundam 00. Gundam itu adalah Gundam Exia dan Gundam Dynames.
Pada asalnya, siri Gundam 00 hanya mendapat “rating” yang rendah tapi sejak dari itu, siri ini telah menjadi siri yang paling popular dalam francais gundam. Siri ini telah mendapat pujian dengan tema politiknya, watak-watak yang tidak boleh dilupakan dan “mobile suit” yang ikonik.
Banyak gundam yag diambil dari siri ini untuk menjadikan “figure”dan telah menjadi keluaran paling populart dalam barisan kit model Gunpla Bandai. Satu tinjauan pendapat telah diadakan pada 2018, menunjukkan bahawa Gundam 00 ini merupakan siri no empat paling popular di sana.
Korang boleh tonton siri Gundam 00 ini di platform penstriman Hulu dan Crunchyroll. Sebagai peminat gundam, mesti korang tidak sabarkan bila dia akan keluarkan Gundam 00 baru ini. Untuk dapatkan lebih banyak liputan tentang gundam, sila klik pautan ini.
Sumber: CBR
@gamersantaimy
Discussion about this post