Hari ini, Square Enix mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan siri Final Fantasy Pixel Remaster untuk PlayStation 4 dan Switch pada Musim Bunga 2023 melalui laman web rasmi.

Final Fantasy I, Final Fantasy II, Final Fantasy III, Final Fantasy IV, Final Fantasy V dan Final Fantasy VI akan tersedia secara individu atau boleh dibeli sekaligus sebagai satu bundle. Di sini, SE sediakan dua edisi: ‘Standard Edition’ dan ‘FF 35th Anniversary Edition’ yang juga akan tersedia pada tarikh pelancaran digital.
Namun, kedua-dua edisi hanya boleh dibeli secara eksklusif melalui Square Enix Store. Kuantiti untuk kedua-duanya amat terhad.
Berikut adalah butiran:
Final Fantasy I-VI Pixel Remaster Collection – Standard Edition
- Final Fantasy I-VI Pixel Collection – Koleksi fizikal semua game untuk sama ada PlayStation 4 atau Switch
Final Fantasy I-VI Pixel Remaster Collection – Final Fantasy 35th Anniversary Edition
- Final Fantasy I-VI Pixel Collection – Koleksi fizikal semua game untuk sama ada PlayStation 4 atau Switch
- Kotak barangan terhad Anniversary Edition
- Bonus lenticular sleeve untuk pakej game
- Set rekod dua cakera yang menampilkan muzik game yang disusun dengan karya seni muka depan eksklusif oleh Kazuko Shibuya
- Buku seni khas mempamerkan seni piksel watak yang cantik
- Lapan figura seni piksel bergaya dalam pembungkusan tingkap
Versi Pixel Remaster untuk enam game pertama FF kini tersedia untuk PC, iOS dan Android. Final Fantasy I, Final Fantasy II dan Final Fantasy III dilancarkan pada 28 Julai 2021, diikuti oleh Final Fantasy IV pada 8 September 2021, Final Fantasy V pada 10 November 2021 dan Final Fantasy VI pada 23 Februari 2022.
Untuk segala liputan kami tentang francais Final Fantasy, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post