Marvel Television secara rasmi telah melancarkan trailer pertama untuk siri Daredevil: Born Again, yang akan ditayangkan pada 4 Mac 2025, secara eksklusif di Disney+.
Pada asalnya dirancang sebagai reboot, Daredevil: Born Again kini berkembang menjadi sambungan langsung kepada siri Netflix Daredevil, mengembalikan watak-watak utama sambil mengintegrasikan jalan ceritanya ke dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).
Kisah mengikuti Matt Murdock, seorang peguam buta pada siang hari dan adiwira bertopeng Daredevil pada waktu malam, yang cuba menyeimbangkan kehidupannya sebagai peguam sambil berhadapan dengan musuh lama dan baharu di Hell’s Kitchen, New York City.

Treler bermula dengan babak di sebuah kedai makan, di mana Matt Murdock dan Wilson Fisk duduk bertentangan, bertukar kata-kata. Fisk berkata secara misteri, “It’s not entirely unpleasant seeing you again,” mengusik bahawa hubungan mereka kini lebih kompleks daripada sekadar musuh biasa.
Ada juga petunjuk bahawa Murdock telah meninggalkan kehidupannya sebagai vigilante, mungkin akibat satu kejadian masa lalu yang menyebabkan dia melangkaui batas moralnya. Namun, dengan kemunculan semula Frank Castle/The Punisher, konflik semakin memuncak.

Treler menunjukkan Castle dalam keadaan letih dan cedera—di mana kita tidak tahu sama ada dia muncul sebagai sekutu atau musuh yang berbahaya. Bukan itu sahaja, kemunculan Muse, seorang pembunuh bersiri, serta White Tiger, turut menambah elemen baharu kepada jalan cerita.
Beberapa pelakon telah kembali untuk mengulangi peranan mereka:
- Wilson Bethel sebagai Benjamin Poindexter/Bullseye
- Charlie Cox sebagai Matt Murdock/Daredevil
- Vincent D’Onofrio sebagai Wilson Fisk/Kingpin
- Deborah Ann Woll sebagai Karen Page
- Elden Henson sebagai Foggy Nelson
- Jon Bernthal sebagai Frank Castle/The Punisher
Musim pertama Daredevil: Born Again terdiri daripada sembilan episod, dan semuanya boleh ditonton secara eksklusif di Disney+ bermula 4 Mac 2025.
@gamersantaimy
Discussion about this post