Sebelum tayangan perdana Arcane Season 2 pada bulan November tahun ini, kami dapat pengesahan bahawa siri animasi ini akan tamat dengan musim kedua. Sempena pengumuman ini, Netflix telah mengeluarkan teaser baharu untuk Arcane Season 2, yang anda boleh tonton di bawah:
Trailer baharu ini memberi pandangan terbaik kami setakat ini untuk Season 2 dan mendedahkan bagaimana cerita itu akan berkembang berikutan penamat cliffhanger di Season 1. Watak-watak seperti Jinx, Vi, Caitlyn dan Ekko yang kesemuanya tampil dalam Season 1 dilihat sepanjang trailer ini, manakala watak baharu termasuk Singed, Warwick turut ditonjolkan secara ringkas.

Sinopsis rasmi Netflix: “Dalam perang antara bandar kembar Piltover dan Zaun, dua beradik-beradik bertarung di pihak bertentangan dalam peperangan antara teknologi sihir dan perkara yang mereka percayakan.”

Jadi mengapa Arcane tamat di Season 2? Pihak produksi memberitahu bahawa kisah musim 2 sentiasa direka untuk menjadi penamat siri ini. Selain itu, pencipta bersama Arcane, Christian Linke menjelaskan mereka yang telah mengusahakan rancangan itu mempunyai aspirasi untuk meneruskan dan menceritakan kisah baharu di bahagian lain alam semesta League of Legends.
Buat masa ini, kita tidak ada jawapan tepat, tetapi projek masa depan berkaitan TV dan filem LoL dikatakan sedang dalam pembangunan.

“Dari awal lagi, sejak mula mengusahakan projek ini, kami mempunyai penamat yang sangat spesifik dalam otak yang bermaksud kisah Arcane berakhir dengan musim kedua ini. Tetapi Arcane hanyalah cerita pertama daripada banyak cerita yang ingin kami sampaikan di Runeterra.”
“Kami bersama Riot melalui keseluruhan perjalanan Vi dan Jinx setakat ini. […] Saga mereka telah berkembang jauh melebihi impian asal dan kami mahu memberikan layanan yang sama kepada lebih ramai Champion. Kami sedang mengusahakan projek seterusnya di seluruh televisyen dan filem dan berharap dapat berkongsi lebih banyak lagi menjelang akhir tahun ini.”

Butiran tentang jumlah episod musim 2 dan tarikh keluaran tepat masih belum diberikan, tetapi kami pasti akan mula tahu lebih lanjut dalam beberapa minggu akan datang.
@gamersantaimy
Discussion about this post