Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sinopsis *SPOILER* Netflix Resident Evil: Infinite Darkness!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Sinopsis *SPOILER* Netflix Resident Evil: Infinite Darkness!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Netflix Resident Evil: Infinite Darkness merupakan prekuel kepada Resident Evil 5 ketika Leon menjalani sebuah misi rahsia untuk kerajaan Amerika Syarikat bersama dua ejen lain, Jason dan Shen May. Negara China nampaknya telah melancarkan serangan zombie di Oval Office, dan berjaya menggodam dan mencuri maklumat sensitif tentang sejenis senjata bio. Di sini saya akan cuba memberi sinopsis penuh tapi ringkas untuk siri empat episod Resident Evil: Infinite Darkness.

AMARAN! BERIKUT ADALAH SPOILER UNTUK RESIDENT EVIL: INFINITE DARKNESS!

Jason rupanya ada misi lain

Selepas Jason dan Shen May mensabotaj kapal selam, mereka dan Leon melarikan diri ke China. Di Shanghai, Jason mengaku dia pengkhianat dan unitnya, Mad Dogs, telah membongkarkan menemui konspirasi besar oleh Setiausaha Pertahanan Wilson pada enam tahun lalu di Penamstan. Semasa peristiwa itu, mereka dijangkiti oleh virus yang mencipta zombie – namun, Wilson terus memeras ugut mereka dengan serum antiretroviral (menahan simptom virus), lantas menjadikan mereka sebagai pembunuh upahan.

Ramai dari pasukan ini telah mati, dan akhirnya hanya Jason sahaja yang tinggal. Diberi oleh bos untuk mendapatkan info penting, Jason sebenarnya ingin mendapatkan data untuk mengesahkan apa yang terjadi pada unitnya. Dia tahu Wilson dapat menutup kontroversi ini dan bahkan boleh menyalahkan Umbrella dan Raccoon City. Oleh itu, Jason harus rahsiakan niat sebenar dan menunggu masa yang sesuai untuk membongkarkan segalanya, supaya keadilan dilaksanakan bagi semua orang yang terlibat dalam eksperimen kejam ini.

Leon terpaksa membunuh

Malangnya, misi rahsia Jason terbongkar dan walaupun dijelaskan, Leon masih tidak percaya lalu menembak Jason hingga “mati”. Dia kemudian menjejaki Shen May ke rumah agam datuknya, untuk mengetahui bahawa Shen May perlu mendapatkan cip dari Jun-See (abangnya) untuk membuktikan kata-kata Jason adalah benar. Kedua-dua Jason dan Jun bekerja di bawah Wilson (Jun menjadi salah satu subjek ujian) tetapi Shen May mengamuk apabila Wilson meminta agar seluruh makmal dibakar bagi menghilangkan bukti pada masa lepas.

Selepas beberapa adegan, duo ini akhirnya menemui cip di dalam badan Jun yang mengandungi rancangan untuk membuktikan rancangan jahat Wilson. Shen May ingin menunjukkan maklumat ini kepada pihak berkuasa dan menggagalkan pelan Wilson tetapi bangunan tiba-tiba dibakar, membunuh semua orang kecuali Leon dan Shen May. Walaupun dalam keadaan sedih, Leon enggan membiarkan Shen menyerahkan maklumat itu kerana ia boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan memulakan perang antara negara.

Rancangan jahat Wilson yang tamak duit

Pada masa yang sama, Claire Redfield telah ditangkap oleh Wilson. Dia tidak ingin Claire membongkarkan projeknya untuk menempatkan senjata bio-nya (askar eskperimen) di Penamstan supaya dapat menghalang kemaraan China. Sebaik sahaja perang bermula, dia kemudian akan menjual senjata bio ini di pasaran untuk mendapat keuntungan berjuta-juta billion. Harap maklum, hanya Wilson sahaja yang mempunyai serum antiretroviral.

Keadaan berubah apabila Jason datang menyerang pangkalan Wilson. Nampaknya dia terselamat kerana mutasi virus, tetapi telah berubah menjadi mutan yang seram. Jason menggigit Wilson, lantas menjangkiti dia. Tiba-tiba, sistem “self-destruct” di pangkalan telah aktif dan mula membanjiri asid yang membunuh semua super-soldier lain. Malangnya, semasa Leon dan Shen May tiba, Jason sudah jadi gila dan hilang akal.

Perjuangan Jason

Oleh kerana mereka dekat dengan White House, Jason tidak lagi peduli dengan kandungan cip dan ingin menunjukkan dirinya kepada seluruh dunia. Jika dia buat begitu, rancangan jahat Wilson akan terbongkar. Sudah tentu, Leon tidak boleh membiarkan perkara ini terjadi kerana Jason boleh menjangkiti orang dan insiden pandemik baru seperti kejadian di Raccoon City. Semasa pertarungan ini berlaku, Jason telah mematahkan leher Shen May kerana berpendapat bahawa keganasan kini adalah jalan penyelesaian terbaik untuk menyampaikan mesej.

Nasib baik lah, Claire berjaya melepaskan diri dari pangkalan yang bermandikan asid dan membantu menstabilkan fasiliti, lantas memberi peluang yang diperlukan oleh Leon untuk melawan Jason. Leon menggunakan bazooka dan pelbagai senjata lain untuk menjatuhkan Jason ke dalam asid tersebut. Akhirnya tewas dan sedang cair di dalam asid, Jason memberi amaran kepada Leon bahawa ketakutan adalah perkara yang diperlukan untuk benar-benar menyelamatkan dunia dari korupsi.

Kesimpulan

Sebelum Presiden Graham dapat menandatangani perjanjian dengan Penamstan, pembantunya Patrick mendapat laporan dari Leon yang mendedahkan bahawa Wilson adalah pengkhianat. Leon juga memberitahu supaya jangan memulakan perang yang sia-sia dengan China berdasarkan maklumat salah kerana negara tersebut tidak bersalah. Presiden Graham mematuhi arahan ini dan kemudian membuat perjanjian damai.

Walaupun keadaan menjadi aman damai semula, Leon masih mempunyai agenda sendiri dan enggan memberikan cip kepada Claire untuk membongkarkan rancangan jahat Wilson. Dia tidak ingin negara lain menganggap Amerika sebagai musuh, tetapi ini membuatkan Claire percaya bahawa Leon juga terlibat dalam konspirasi tersebut. Sebelum siri ini tamat, rupanya Wilson masih hidup dan dilihat mengambil suntikan misteri dari seorang lelaki misteri dari organisasi Tricell. Bagi mereka yang tidak tahu, Tricell juga adalah syarikat farmaseutikal jahat yang merupakan antagonis dalam Resident Evil 5. Jeng jeng jeng! Nak tahu apa jadi? Anda perlu main Resident Evil 5 lah jawabnya.


Itu sahaja sinopsis penuh spoiler saya bagi siri Resident Evil: Infinite Darkness! Untuk sesiapa yang ingin tonton, animasi ini memiliki empat episod dan kini boleh ditonton di Netflix. Untuk segala liputan kami tentang Resident Evil, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animasinetflixResident EvilResident Evil: Infinite DarknessSinopsisSpoiler
Previous Post

Jelajahilah yang tidak diketahui dalam permainan simulasi Infinite Lagrange!

Next Post

Jom dapatkan laptop idaman anda dengan harga yang berbaloi di MSI Mid-Year Sales!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Jom dapatkan laptop idaman anda dengan harga yang berbaloi di MSI Mid-Year Sales!

Jom dapatkan laptop idaman anda dengan harga yang berbaloi di MSI Mid-Year Sales!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd