Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sims 4 enggan sensor percintaan ‘gay & lesbian’, terpaksa ditolak di negara anti LGBT

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 11, 2022
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Sims 4 enggan sensor percintaan ‘gay & lesbian’, terpaksa ditolak di negara anti LGBT
Share on FacebookShare on Twitter

DLC terbaru untuk The Sims 4 My Wedding Stories, telah didedahkan dengan treler dramatik yang mempamerkan percintaan gay dan lesbian. Mengisahkan pasangan lesbian, Dominique dan Camille, kita dapat melihat kisah hidup masing-masing bermula daripada ciuman pertama hingga mereka berkahwin. Walaupun peminat Sims menyukai drama ini, negara Rusia terpaksa menolak DLC tersebut kerana pasukan Sims 4 enggan sensor percintaan antara gay dan lesbian.

EA telah mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan keputusan ini:

“Dominique dan Camille diperkenalkan sebagai “pasangan yang cintanya tiada sempadan” dan mereka adalah fokus kepada pek itu. Ia bukan sahaja dipaparkan dalam treler, tetapi juga terdapat pada muka depan permainan, dalam tangkapan skrin yang digunakan untuk promosi, malah mempunyai laman web perkahwinan sendiri. Pasangan ini ADALAH kisah perkahwinan saya dan menyerlahkan visi pasukan untuk meraikan semua cinta.”

Pasukan Sims menyatakan bahawa pek itu menumpukan pada “kegembiraan mencari cinta, meraikan cinta itu dan menceritakan kisah yang mempunyai makna pada tahap peribadi.” Di Rusia, ini adalah mustahil kerana undang-undang penapisan LGBT. Untuk mengeluarkan DLC itu, kisah Dominique dan Camille perlu dibuang, dan pasukan Sims enggan melakukannya. Kenyataan itu menekankan fokus utama pasukan yang berkata:

“Keupayaan untuk bercerita – apa-apa cerita – adalah teras kepada apa yang kami lakukan di The Sims. Membuang kisah Cam dan Dom bermakna menjejaskan nilai yang kami hayati. Kami komited kepada kebebasan untuk menjadi diri anda yang sebenar, untuk mencintai orang yang anda cintai, dan menceritakan kisah yang anda ingin ceritakan.”

Komitmen terhadap percintaan LGBT sebenarnya sudah wujud sejak game pertama, di mana The Sims sentiasa membolehkan pemain memfokuskan pada kisah berunsur gay atau lesbian. Selama bertahun-tahun, pasukan tetap komited dengan tujuan tersebut dan nampaknya tidak akan mengubah fokus dalam masa terdekat.

Apa pendapat anda? Jom kongsikan pendapat di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: lesbianLGBTsensorsims 4
Previous Post

Uniqlo lancarkan UT Collection pertama dengan Studio Ghibli!

Next Post

Lapan Bankai paling kuat dalam Bleach – #1 memang OP abis

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Lapan Bankai paling kuat dalam Bleach – #1 memang OP abis

Lapan Bankai paling kuat dalam Bleach - #1 memang OP abis

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd