Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silent Hill “Sakura” terbocor online beserta gambar, projek seram terbaru untuk francais

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2022
in Artikel, Berita, Khabar angin, PS5, Seram
0 0
0
Silent Hill “Sakura” terbocor online beserta gambar, projek seram terbaru untuk francais
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, peminat Silent Hill dapat berita tergempar kerana beberapa imej untuk Silent Hill 2 Remake buatan Bloober Team nampaknya terbocor di internet. Menurut Dusk Golem (pemberi info terkenal), imej tersebut adalah daripada demo awal, jadi kebanyakan visual mengalami perubahan besar. Walau bagaimanapun, beberapa screenshot lain telah muncul untuk projek berbeza yang dilabel sebagai Silent Hill “Sakura”.

Khabar angin baru kini telah tersebar yang menunjukkan Silent Hill sedang mengusahakan beberapa projek sekaligus, termasuk sekuel penuh dan “playable demo” ala-ala seperti game P.T. Di sini, sejumlah imej konsep seni untuk “playable demo” telah muncul dalam talian.

Daripada apa yang kita dapat lihat, demo ini menggunakan tema buku atau diari, di mana kulit watak utama seakan-akan mengelupas untuk mendedahkan halaman muka surat dan nota. Pada masa yang sama, beberapa musuh juga mempunyai ciri-ciri yang sama dan diperbuat daripada kertas.

Selain itu, info terbaru ini juga menunjukkan bahawa demo Silent Hill Sakura adalah eksklusif untuk PS5 (sama seperti Silent Hill 2 Remake) dan asalnya dirancang untuk keluar pada tahun 2021. Malangnya, mereka tidak mendedahkan “siapa” yang mengusahakan projek ini.

Dusk Golem telah pergi ke halaman ResetEra untuk membincangkan tentang gambar Silent Hill Sakura, dan berkata lebih banyak info besar tentang projek Sakura telah dibocorkan dalam halaman media sosial peribadi, termasuk spoiler bagi jalan cerita penuh.

Seperti biasa, Konami tidak mengesahkan apa-apa khabar angin di atas setakat ini. Dari segi visual, gambar-gambar di atas nampak seperti tulen, tetapi jangan lah kita percayai sebarang spekulasi 100% sehingga ada pengesahkan rasmi.

Kemungkinan besar, Konami akan mendedahkan projek terbaru mereka di Tokyo Game Show, yang bermula pada 15 September nanti, jadi kita terpaksa lah tunggu hingga hari itu tiba.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Silent Hill, sila tekan pautan di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demosilent hillSilent Hill "Sakura"
Previous Post

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan bakal tiba di Netflix sempena Hari Malaysia!

Next Post

Acara HoYo FEST 2022 Kembali Ke Malaysia! Nantikan Kafe Bertema Genshin Impact, Honkai dan Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Acara HoYo FEST 2022 Kembali Ke Malaysia! Nantikan Kafe Bertema Genshin Impact, Honkai dan Banyak Lagi!

Acara HoYo FEST 2022 Kembali Ke Malaysia! Nantikan Kafe Bertema Genshin Impact, Honkai dan Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd