200 juta orang telah “mati” dalam Dark Souls 2, menurut seorang pengguna Reddit. Game ni ada kat semua platform PS4, XBox dan PC, jadi kalau kita nak pecahkan 200 juta tu, adalah dalam 66,666,666 (kebetulan ke apa ni) kematian dalam masa 3 tahun game ni berada di pasaran.
Dengan lebih kurang 40,000,000 kematian untuk setiap platform. Dengan jualan 2.9 juta salinan, setiap pemain sekurang-kurangnya dah mati 68-69 kali dalam sekali main. Dark Souls 2 melahirkan sebuah spin-off Bloodborne, lepas tu terus diikuti sambungan terus Dark Souls 3. Siri Dark Souls ni memang famous dengan kesusahan yang sangat melampau, kalau tak percaya cuba main. Lepas tu silakan maki developers kat FB diorang.
Tengoklah camne sesetengah gamer setting “rig” untuk main game ni. Kalau korang set macam ni, baru feel agaknya nak main. Tiap kali “mati” dalam game tu, boleh baring terus dalam keranda tu.
@gamersantaimy
Discussion about this post