Siapa sahaja yang tidak tahu Monkey King, atau pun dikenali sebagai Sun Wukong yang berasal dari novel abad ke-16 kemudian diadaptasi kepada drama dan filem. Kini Sony mengumumkan Monkey King kembali dalam permainan video di platform PlayStation 4 dan diberi nama MONKEY KING: HERO IS BACK akan hadir 17 Oktober ini!!
Monkey King: Hero is Back (the game) merupakan hasil Sony Interactive Entertainment dan syarikat October Media yang juga merupakan pencipta filem CG nya yang menarik! Jalan cerita permainan ini mempunyai tema yang sama seperti didalam filem. Mengikut cerita tetang Jiang Liuer dan Monkey King, pemain boleh mengikuti perjalanan mereka yang juga termasuk Zhu Bajie untuk mengembara, bekerjasama dan melawan musuh sambil mengeratkan lagi hubungan bersama.
Pemain akan menjadi Monkey King, mengguna kuasanya yang kuat untuk menjatuhkan musuh! Bukan itu sahaja, permainan ini turut ada jalan cerita baru yang tidak ada didalam filem. Pemain pasti akan seronok mengembara dalam permainan ini!
Pra-pembelian dan Pembelian Awal
Pra-pembelian melalui platform digital telah pun bermula di PlayStation Store. PlayStation Network menawarkan kandungan digital premium kepada mereka yang sebelum ini pra-belian Edisi Standard Digital , Digital Deluxe Edition, Digital Ultimate Edition, atau membeli Disc.
Pra-pembelian akan mendapat bonus ini;
• Monkey King PlayStation®4 Theme
• Costume: Dasheng Doll Outfit
• Game Mode: Paradise Mode
• Game Mode: Desperation Mode
*Kesemua bonus ini termasuk pengguna Disc
Edisi Deluxe Digital termasuk permainan penuh dan bonus berikut;
• Costume: Tuxedo Outfit
• Item: Lotus
• Item: Guanyin Bodhisattva Amulet
• Item: Soul Charming Necklace
• Item: Secret Scroll: Purge
• Item: Purple Incense Burner
Edisi Digital Ultimate pula akan mendapatkan permainan penuh digital dan juga bonus;
• Costume: Tuxedo Outfit
• Item: Lotus
• Item: Guanyin Bodhisattva Amulet
• Item: Soul Charming Necklace
• Item: Secret Scroll: Purge
• Item: Purple Incense Burner
• Episode 1: MONKEY KING: HERO IS BACK—UPROAR IN HEAVEN
• Episode 2: MONKEY KING: HERO IS BACK—MIND PALACE
https://www.youtube.com/watch?v=u81UrGqHM1U
Jadi anda jangan terlepas untuk mendapatkan permainan lagenda ini! Monkey king: Hero is Back akan dilancarkan 17 Oktober ini dan harga bagi Disc dan Edisi Standard adalah RM169.00, Edisi Digital Deluxe RM209.00 dan Edisi Digital Ultimate adalah RM279.00. Dapatkan pra-pembelian anda untuk digital di laman web rasmi PlayStation Store hari ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post