Anda peminat Disney? Kami ada berita baik untuk anda! shopDisney Asia akan melakukan jualan promosi besar-besaran pada 15 Jun 2023 sehingga 26 Jun 8 pagi! “Twice Upon a Year Sale” memberikan 40% potongan harga untuk pakaian, plush, barangan rumah dan banyak lagi! Bukan setakat itu sahaja, akan ada tawaran kilat khas nanti.

shopDisney Asia menyediakan pelbagai pin dan badges yang memaparkan watak-watak daripada IP Disney, termasuklah pin edisi terhad yang susah untuk didapatkan. Tidak kiralah anda peminat kasual atau tegar, pin ini pasti memberikan aura keistimewaan pada pelbagai benda seperti lanyard, jacket, beg dan macam-macam! Berikut antara pin yang anda boleh dapatkan:
Miles Morales and Ghost-Spider Limited Release Pin, Spider-Man: Across the Spider-Verse

Hayun ke dalam Spider-Verse bersama pin Miles Morales dan Ghost-Pin! Seni watak klasik merakamkan gandingan mereka berdua dengan jelas.
Loki Pin, Marvel Villains Limited Release

Diinspirasikan oleh Loki pada Disney+, dengan seni watak klasik serta tulisan, pin ini menggambarkan keseluruhan watak tersebut.
Minnie Mouse Princess Ear Pin Pack

Setiap pin membawa elemen daripada empat Disney Princess. Terdapat empat reka bentuk yang diinspirasikan oleh Ariel, Jasmine, Mulan dan Tiana.
Timon and Pumbaa Pin, The Lion King

Dengan kata-kata “Hakuna Matata”, pin ini membawa adegan ikonik Timon dan Pumbaa daripada animasi klasik The Lion King.
Tinker Bell Pin with Glitter Vial Dangler

Tinker Bell bergemerlapan pada pin yang menampilkan dangler khas yang kelihatan seperti botol pixie dust!
Bruno Pin, Encanto

Jangan ungkit hal Bruno, tetapi kita boleh bercerita tentang pin yang diinspirasikan oleh lagu hit daripada filem Encanto.
Terdapat banyak lagi pin yang memaparkan watak-watak kegemaran daripada klasik sehinggalah yang baharu. Anda boleh lawati laman web rasmi untuk melihat semua reka bentuk yang ada.
Menarik betul segala item yang ditunjukkan. Kalau anda ingin mendapatkannya, bolehlah berbelanja di shopDisney semasa “Twice Upon a Year Sale” berlangsung nanti! Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk liputan menarik mengenai game, anime, filem dan lain-lain!
@gamersantaimy
Discussion about this post