SEGA baru sahaja melancarkan trailer story terbaru untuk game 2D action platformer mereka, SHINOBI: Art of Vengeance, yang bakal menemui peminat pada 29 Ogos 2025 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan Steam.
Dibangunkan oleh Lizardcube dengan lukisan tangan yang memukau, trailer SHINOBI: Art of Vengeance ini membawa pemain menyelami kisah penuh tentang seorang ninja legenda, Joe Musashi, dan misi peribadinya untuk membalas dendam terhadap musuh utamanya, Lord Ruse.
Dalam trailer ini, kita menyelami perjalanan tragis Joe Musashi yang menyayat hati – dari kemusnahan kampung halamannya hingga sumpahan yang menghancurkan Klan Oboro. Dipandu oleh rasa kehilangan, Musashi bertekad untuk menewaskan Lord Ruse dan ENE Corp, organisasi jahat yang bertanggungjawab memusnahkan klannya.
Namun, jalan menuju keadilan penuh dengan rintangan – Lord Ruse memiliki artifak terlarang yang memberinya keabadian. Mampukah Musashi menghadapi cabaran ini dan membuktikan dirinya sebagai ninja terunggul? Jawapannya bakal terungkap apabila game ini dilancarkan hujung tahun ini.
Selain trailer naratif, SEGA turut memperkenalkan dua trailer pengenalan watak yang memfokuskan kepada Joe Musashi dan musuh ketatnya, Lord Ruse. Kedua-dua trailer ini memberikan gambaran tentang motivasi dan konflik besar yang menjadi nadi utama game ini. Saksikan trailer tersebut di sini:
- Joe Musashi
- Lord Ruse
SHINOBI: Art of Vengeance menjanjikan pengalaman aksi platformer 2D yang sengit, di mana pemain perlu mengharungi pelbagai peringkat mencabar, melawan musuh ganas dengan kemahiran ninja.
Sistem combat dalam game ini menawarkan pelbagai kombinasi serangan, menguji kemampuan pemain untuk menguasai seni bertarung dan mengatasi musuh yang menanti.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post