Pada hujung minggu ini, satu kejohanan Street Fighter V Champion Edition akan diadakan di Jepun. Jika anda fikir ianya sebuah kejohanan yang biasa, sangkaan anda salah kerana kejohanan ini khas untuk pemain yang buta atau cacat penglihatan. Kejohanan Street Fighter ini juga dikenali sebagai Shingan Cup. Perkataan “Shingan” itu sendiri bermaksud mata minda.

Shingan akan bermula pada jam 2 petang di Jepun pada ahad ini, yang akan dianjurkan oleh ePara Inc. Lokasi kejohanan ini akan berlangsung di Milairo House di Tokyo. Buat peminat Street Fighter luar negara yang teringin untuk menontonnya, jangan risau kerana livestream untuk Shingan Cup ini akan tersedia melalui laman Youtube mereka.
Untuk pengetahuan anda, Shingan Cup ialah kejohanan e-sukan di mana pemain bersaing dengan menilai situasi. Kejohanan ini adalah pertandingan yang pertama di mana pemain e-sukan buya bersaing dalam Street Fighter V Champion Edition.

Para pemain akan bekerjasama dengan rakan mereka yang mempunyai pandangan yang jelas untuk memahami Street Fighter V Champion Edition, berlatih dan bersaing dalam pertandingan sebenar. Tonton bagaimana pemain buta, yang sering dianggap tidak mampu bermain game, menggunakan pendengaran, kepekaan dan daya serta-merta mereka untuk berusaha dan bersaing di pentas e-sukan.
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Shingan Cup:
- Usaha pemain
Pemain buta akan belajar melalui gabungan pertuturan dan manipulasi. Usaha yang ditunjukkan untuk melepasi halangan dan e-sukan membuatkan ia boleh disampaikan. - Strategi dan taktik berfokuskan bunyi
Dengan hanya mengkhususkan diri dalam audio, pertempuran akan menghasilkan strategi dan taktik yang unik kepada orang buta dan perang psikologi yang bijak. - Kepelbagaian pengalaman gaming
Pengalaman gaming tidak dihadkan oleh maklumat visual adalah satu bentuk kepelbagaian dan kemasukan.

Terdapat enam peserta yang akan bertanding dalam kejohanan ini. Mereka ini adalah Naoya, Igupi, Chocolate Tart, MM, KYO dan Clé. Tidak sabar untuk menonton mereka ini beraksi nanti. Apapun, kejohanan ini sememangnya inisiatif yang bagus untuk komuniti gaming lebih-lebih lagi untuk mereka yang kekurangan upaya. Malah ia juga boleh membuktikan bahawa golongan ini juga masih boleh untuk bermain game.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Street Fighter V, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamerbraves
@gamersantaimy
Discussion about this post