Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Shazam Fury of the Gods akan ditayangkan pada 16 Mac, kembali dengan sut warna hitam?

Alan Fikri by Alan Fikri
January 27, 2023
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Shazam Fury of the Gods akan ditayangkan pada 16 Mac, kembali dengan sut warna hitam?
Share on FacebookShare on Twitter

Warner Bros. Pictures telah mengeluarkan trailer kedua untuk filem terbaru mereka iaitu Shazam Fury of the Gods. Melalui trailer terbaru ini, kita dapat lihat lebih banyak aksi dari sekumpulan superhero budak-budak ini berlawan dengan penjahat baru, anak perempuan dari mitologi tuhan Greek iaitu Hespera.

Video ini memfokuskan pada watak Billy yang dilakonkan oleh Asher Angel dan Shazam yang dilakonkan oleh Zachary Levi dan bersama-sama rakan anak angkatnya bergabung tenaga memerangi ancaman baru.

Sesuatu yang mengejutkan telah berlaku di mana Billy telah mengambil semula kuasanya daripada keluarga Shazam dan meminta Wizard untuk mengambil semula kuaanya juga. Semua ini terjadi apabila penjahat baru muncul. Demi mencari kuasa purba yang dicuri daripada mereka beribu-ribu tahun dahulu, Hespera (Helen Mirren), Kalypso (Lucy Liu) dan Anthea (Rachel Zegler) telah mencabar “Shazamily” kerana kebolehan mereka yang luar biasa.

Berikutan kejayaan filem pertama Shazam, pengarah David D. Sandberg sedang mencari cara untuk menyempurnakan lagi DC Universe yang sedang dilihat lebih ke arah sejarah daripada pengetahuan buku komik. Seperti yang kita dapat lihat, penjahat dalam filem ini, The Daughter of Atlas telah diilhamkan dari mitologi Greek supaya dapat memperdalamkan hubungan mereka dan Shazamily.

Di sebalik populariti Shazam dan kejayaan filem pertama, ramai peminat tertanya-tanya sama ada Fury of the Gods akan menampilkan sebarang cameo dari watak filem DC yang lain. Ramai peminat terkejut melihat Batman Ben Afleck, Aquaman Jason Momoa dan The Flash Ezra Miller berada di dalam trailer pertama Shazam ini. Tetapi Warner Bros masih belum mendedahkan sama ada watak-watak tersebut akan membuat kemunculan dalam filem Shazam 2.

Anda boleh tonton video trailer baru di bawah:

Shazam Fury of the Gods akan ditayangkan di Malaysia pada 16 Mac 2023. Jadi apa pendapat anda dengan trailer terbaru filem Shazam ini? Adakah sut Shazam akan kekal berwarna hitam seperti di hujung trailer? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai filem, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DC ComicdceufilemmovieShazamShazam! Fury of the Gods
Previous Post

Avatar: The Way of Water kalahkan Avengers: Infinity War dengan kutipan $2.054 bilion!

Next Post

Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan Februari 2023!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan Februari 2023!

Barisan Filem dan Siri Menarik Netflix Untuk Anda Layan Februari 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd