Reboot bagi anime Shaman King sudah ditayangkan di Jepun sejak bulan April lalu. Bagaimana pula dengan penonton antarabangsa? Bermula hari ini, reboot anime Shaman King secara rasminya boleh ditonton oleh semua termasuk Malaysia di pelantar Netflix. Memandangkan ia sudah keluar, anda boleh menonton episod pertama sekarang!

Musim pertama terdiri daripada 13 episod, jadi ia akan memakan masa yang banyak jika anda ingin membuat sesi marathon. Saya tahu ramai yang menunggu untuk melihat Yoh Asakura beraksi, jadi inilah masanya. Buat masa ini, musim kedua Shaman King masih dalam pembikinan bersama Netflix, di mana mereka akan meneruskan naratif untuk versi reboot. Ini pun berita baik untuk peminat kerana anime ori Shaman King tidak sempat untuk menamatkan jalan cerita manga.
Shaman King dicipta pada tahun 1998 oleh Hiroyuki Takei, dan manga ini berterusan di Weekly Shonen Jump sehingga tahun 2004. Berikut adalah sinopsis rasmi:
“Sebuah pertarungan akan bermula di Tokyo. Dinamakan Shaman Fight, ia adalah pertandingan yang diadakan setiap 500 tahun di mana Shaman- individu yang boleh mengawal roh – akan bertarung. Pemenang pertandingan ini akan menjadi Shaman King dan merupakan satu-satunya individu yang mampu menghubungi dan mengawal Great Spirit. Ini membolehkan individu tersebut untuk membentuk semula dunia mengikut kehendak dia melalui kuasa Great Spirit.”
“Semasa berjalan pada waktu malam, Manta Oyamada bertemu dengan rakan sekelasnya, Yoh Asakura, yang mengajaknya melihat bintang dengan beberapa rakan lain. Manta terkejut apabila melihat yang rakan-rakan itu sebenarnya adalah hantu! Manta mempunyai “sixth sense” di mana dia boleh melihat roh-roh ini lalu terpikat dengan Yoh. Oleh itu, apabila Yoh mengetahui bahawa Manta telah dipukul oleh gengster tempatan, dia memilih untuk membalas dendam dengan bantuan seorang hantu samurai, Amidamaru!”
Untuk segala liputan kami tentang Shaman King, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post