Diumumkan beberapa bulan yang lalu, Shadow Arena adalah sebuah permainan Battle Royale di platform PC oleh pemaju yang sama mengendalikan Black Desert iaitu Pearl Abyss. Dimaklumkan akan menjadi salah satu daripada 6 permainan yang akan dipamerkan di G-Star 2019 bulan hadapan di Busan, Korea. Kini antara 6 permainan yang telah pasti adalah Black Desert, Black Desert Mobile dan juga Shadow Arena.
Pearl Abyss adalah salah satu peserta pameran terbesar di G-Star 2019. Dan yang menariknya untuk permainan Shadow Arena ini merupakan mod PvP dalam permainan Black Desert Online. Wow! Nampaknya permainan ini bakal berdiri sendiri di platform PC dan akan dilancarkan di Korea Selatan.
Bukan itu sahaja, treler terbaru Shadow Arena turut dikongsikan di laman Youtube mereka hari ini!
https://www.youtube.com/watch?v=anyHAJKPU38
Setiap pejuang mesti menjaga diri dan bersaing untuk kemenangan seiring kegelapan yang merayap dan semakin dekat …
Tak terhitung jumlahnya akan jatuh dan hanya satu akhirnya menang dalam Shadow Arena!
Bukan setakat treler terbaru yang dikongsikan mereka, hari ini juga dilaman Facebook rasmi Shadow Arena, mereka telah mengumumkan CBT ( Ujian Beta Tertutup) kini dibuka untuk pendaftaran!!
https://www.facebook.com/ShadowArenaGame/photos/a.137217434348095/137220697681102/
- Pendaftaran: Merekrut sehingga 10,000 penguji bermula pada 24 Oktober 2019 (Khamis).
- Tempoh CBT: 21 November 2019 (Isnin) – 24 November 2019 (Isnin)
- Pengumuman Penguji CBT: Pertama- 11 November 2019 (Isnin) / Kedua- 18 November 2019 (Isnin) / Ketiga- 21 November 2019 (Khamis)
Jadi pada sesiapa yang berminat untuk mencuba CBT permainan terbaru Pearl Abyss SHADOW ARENA ini, anda bolehlah mendaftar di laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post