Endless Dungeon merupakan game action-tactical roguelite yang telah didedahkan semasa Game Award 2020 bulan Disember tahun lalu. Hari ini di Summer Game Fest, mereka telah mendedahkan sebuah trailer gameplay, yang menunjukkan penggunaan taktikal skuad dalam mempertahankan kristal daripada serangan raksasa.
https://www.youtube.com/watch?v=-ktyZ4BrnMo&ab_channel=E32021E32021
Trailer gameplay ini telah mendedahkan empat peraturan untuk kekal hidup dalam Endless Dungeon. Antaranya ialah peraturan pertama yang diterangkan, raksasa boleh ditewaskan dengan lebih mudah apabila menggunakan senjata tertentu. Ianya menunjukkan seperti konsep rock-paper-scissors pada persenjataan, dan ia bergantung pada ancaman yang datang. Raksasa tersebut akan memburu kristal pemain, jadi mereka perlu mempertahankannya dari dimusnahkan supaya tidak game over.
Endless Dungeon merupakan game berpasukan, jadi kerjasama antara pasukan pemain sangat penting. Trailer ini turut menyatakan, walaupun pemain bermain secara berseorangan, mereka perlu memastikan AI atau pasukannya selamat dari serangan raksasa. Sekiranya semua ahli pasukan mati, jadi ianya game over untuk pemain.
Buat masa ini, tiada lagi tarikh rasmi pelancaran untuk Endless Dungeon diumumkan, tetapi ianya bakal tersedia untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Anda juga boleh mendaftar di laman rasmi game ini untuk mendapatkan skin eksklusif.
@gamersantaimy
Discussion about this post