Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[SGF 2021] The Dark Pictures: House of Ashes mengesahkan tarikh pelancaran pada Oktober 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 11, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Livestream, PC, PS4, PS5, Seram, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[SGF 2021] The Dark Pictures: House of Ashes mengesahkan tarikh pelancaran pada Oktober 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Entri seterusnya dalam siri permainan seram survival interaktif oleh Supermassive Games, The Dark Pictures: House of Ashes, diumumkan pada November 2020, di mana ia akan membawa pemain ke Timur Tengah untuk menghadapi entiti jahat. Di acara Summer Game Fest 2021, tarikh pelancaran rasmi telah diumumkan untuk The Dark Pictures: House of Ashes, serta edisi Pazuzu.

https://twitter.com/TheDarkPictures/status/1403065923465060353

Edisi istimewa ini akan merangkumi permainan penuh, figura Underworld Creature, kotak dengan gambar patung Pazuzu (antagonis), karya seni khas dan pelekat eksklusif, serta pin yang melambangkan bulan sedang gerhana. Mereka yang membuat pra-pesanan untuk House of Ashes Pazuzu Edition juga akan mendapat akses awal ke Curator’s Cut.

When all hell breaks loose, embrace it đź’€
Pre-order the Pazuzu Edition of #HouseOfAshes:https://t.co/B4nxPlnmwx pic.twitter.com/KhuCmbEcWA

— The Dark Pictures (@TheDarkPictures) June 10, 2021

Salah satu antagonis yang saya sebut adalah Pazuzu, seorang iblis dari Mesopotamia. Dia mempunyai penampilan menakutkan yang terdiri dari tubuh yang separuh manusia dan separuh haiwan. Peminat novel atau filem The Exorcist juga akan mengenali Pazuzu sebagai iblis yang merasuk Regan (dilakonkan oleh Linda Blair).

Tarikh pelancaran rasmi The Dark Pictures: House of Ashes adalah pada 22 Oktober 2021, untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X/S. Untuk liputan lebih lanjut mengenai semua berita terkini di Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.

Sumber – The Dark Pictures

Lihat di sini
The Dark Pictures: House of Ashes
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
"Permainan akan berlangsung semasa Perang Iraq pada tahun 2003. Ia akan mengikuti operatif CIA bernama Rachel King, yang bekerjasama dengan sekumpulan tentera elit untuk menyerang sebuah fasiliti senjata kimia bawah tanah rahsia. Pasukan ini diserang hendap, dan konflik yang terhasil membuka sejumlah lubang di gurun yang menjatuhkan mereka ke dalam sebuah kuil Sumeria yang terkubur. Seperti yang dijangkakan, mereka tidak akan sendirian di dunia baru ini. Beberapa “makhluk kuno ghaib” telah bangkit, dan akan memburu pemain ketika mereka mencari jalan untuk melarikan diri."
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: SeramSummer Game FestSupermassive GamesThe Dark Pictures: House of Ashes
Previous Post

[SGF 2021] Hijacked kembali dalam Call of Duty: Black Ops Cold War & Warzone Season 4!

Next Post

[SGF 2021] Gameplay Dark Alliance didedahkan semasa acara Summer Game Fest

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[SGF 2021] Gameplay Dark Alliance didedahkan semasa acara Summer Game Fest

[SGF 2021] Gameplay Dark Alliance didedahkan semasa acara Summer Game Fest

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd