Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[SGF 2021] Gameplay Dark Alliance didedahkan semasa acara Summer Game Fest

Geoff, Hannibal dan Jeff mencuba sendiri gameplay Dark Alliance

Amir Haziq by Amir Haziq
June 11, 2021
in Acara, ARPG, Artikel, Berita, Fighting, Genre, Pameran/Expo, PC, Platform, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[SGF 2021] Gameplay Dark Alliance didedahkan semasa acara Summer Game Fest
Share on FacebookShare on Twitter

Summer Game Fest telah berkongsikan sebuah trailer baru untuk Dungeons & Dragons Dark Alliance semasa acara tersebut. Memandangkan game baru siri ini akan tiba tidak lama lagi, trailer itu telah mendedahkan ahli pasukan Dark Alliance yang menentang kuasa jahat.

https://www.youtube.com/watch?v=YmjJHW71B7I

Antara ahli pasukan yang ditampilkan dalam trailer terbaru ini adalah Drizzt yang mampu bergerak dengan pantas, serta Cattie-Brie mempunyai kebolehan dalam mengendalikan peperangan dari jarak jauh. Dalam pasukan ini juga, ada Wulfgar yang merupakan ahli terkuat di Dark Alliance dan mempunyai keupayaan untuk menyerang segerombolan musuh dengan tukul besarnya. Akhir sekali ditunjukkan dalam trailer ini ialah Bruenor, watak yang akan menjadi kegemaran untuk pemain peranan pertahanan.

Pertempuran kombat game ini juga nampak lebih terperinci, dengan setiap watak memiliki pelbagai gerakan, serangan ultimate dan kebolehan untuk memberikan damage yang kritikal pada musuh. Pemain pastinya memerlukan semua senjata yang ada untuk menewaskan ramai musuh yang bakal dihadapi mereka.

Dungeons & Dragons Dark Alliance dibangunkan oleh Tuque Game dan akan dilancarkan pada 22 Jun untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S serta PC. Pemain yang membeli game ini di PS4 akan menerima kod bagi menaik taraf Dark Alliance secara percuma untuk versi PS5. Manakala pemain Xbox One akan mendapat kemaskini secara automatik apabila mereka bertukar kepada Xbox Series X|S, dan ianya akan tersedia di Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ARPGDark AllianceFightingShooting
Previous Post

[SGF 2021] The Dark Pictures: House of Ashes mengesahkan tarikh pelancaran pada Oktober 2021!

Next Post

[SGF 2021] Trailer terkini Tales of Arise menampilkan watak baru dan banyak lagi!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[SGF 2021] Trailer terkini Tales of Arise menampilkan watak baru dan banyak lagi!

[SGF 2021] Trailer terkini Tales of Arise menampilkan watak baru dan banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd