Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 2 akan tiba pada Ogos 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 22, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 2 akan tiba pada Ogos 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Netflix mengumumkan bahawa ‘The Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 2’, projek filem anime dua bahagian berdasarkan manga The Seven Deadly Sins (Nanatsu no Taizai) karya Nakaba Suzuki, akan ditayangkan secara rasmi pada Ogos 2023 secara eksklusif di platform Netflix.

Bagi mereka yang tidak tahu, projek ini menampilkan jalan cerita original yang ditulis oleh pencipta Nakaba Suzuki, dan mengisahkan Tristan, anak lelaki Meliodas, selepas peristiwa The Seven Deadly Sins tetapi sebelum Four Knights of the Apocalypse. Apa yang membuatkan filem ini unik adalah ia menggunakan animasi 3DCG, bukannya 2D.

Jika korang berminat untuk tonton, ‘Grudge of Edinburgh Part 1’ kini tersedia di Netflix.

Sinopsis:

“14 tahun sejak Kingdom of Liones mengalahkan Demon Clan dan membawa keamanan ke dunia, Prince Tristan dalam dilema kerana tidak boleh mengawal dua kuasanya: kuasa Demon Clan ayahnya, Meliodas, yang berkhidmat sebagai kapten Seven Deadly Sins, dan kuasa Goddess Clan ibunya, Elizabeth.

Apabila nyawa Elizabeth terancam, Tristan melarikan diri dari kerajaan dan menuju ke Edinburgh, di mana Deathpierce — dahulu pernah menjadi ahli Holy Knights mendirikan istananya.

Tetapi apakah niat Deathpierce? Roda nasib mula bergerak dan menyapu sekali The Seven Deadly Sins…”

Untuk Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 2, beberapa pelakon suara akan mengulangi peranan mereka termasuk Yuuki Kaji sebagai Meliodas, Mikako Komatsu sebagai Tristan semasa kanak-kanak, dan Ayumu Murase sebagai Tristan semasa remaja.

Senarai pelakon suara lain termasuk:

  • Sora Amamiya sebagai Elizabeth
  • Jun Fukuyama sebagai King
  • Aoi Yuuki sebagai Diane
  • Tasuhisa Suzuki sebagai Ban
  • Yuuhei Takagi sebagai Gowther
  • Kouki Uchiyama sebagai fairy
  • Yōhei Azakami sebagai Deathpierce
  • Kazuyuki Okitsu sebagai Priest
  • Shinnosuke Tokudome sebagai Tyrone
  • Shino Shimoji sebagai Kurumiru
  • Makoto Koichi sebagai Minika

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais The Seven Deadly Sins, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animefilemSeven Deadly SinsSeven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh
Previous Post

PlayStation Kembali Dengan Holiday Sale! Dapatkan Barangan dan Game PS Dengan Tawaran Hebat!

Next Post

Akses awal The Magical Mixture mill akan tersedia awal tahun 2023 di Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Akses awal The Magical Mixture mill akan tersedia awal tahun 2023 di Steam!

Akses awal The Magical Mixture mill akan tersedia awal tahun 2023 di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd