Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Setiap Watak Yang Di Sahkan Setakat Ini Untuk MUA3

Tamat Endgame, Mula Ultimate Alliance

Jade Ice by Jade Ice
May 12, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Setiap Watak Yang Di Sahkan Setakat Ini Untuk MUA3
Share on FacebookShare on Twitter

Semakin kita menghampiri tarikh terbitan Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order, semakin banyak maklumat berkenaan game ini mula didedahkan. Berita ini tentunya menarik minat mereka yang memerhatikan senarai watak yang bakal membuat kemunculan dalam game ini. Boleh dikatakan, memang ramai setakat ini.

Senarai watak yang telah disahkan ini tidaklah merangkumi secara keseluruhan roster akhir game ini nanti, tetapi ia memberikan harapan kepada peminat berkenaan watak-watak adiwira yang bakal muncul. Dan, 27 watak telah pun disahkan setakat ini:

Image result for Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order

  • Black Panther
  • Black Widow
  • Captain America
  • Captain Marvel
  • Crystal
  • Daredevil
  • Deadpool
  • Doctor Strange
  • Drax
  • Falcon
  • Gamora
  • Hawkeye
  • Hulk
  • Iron Man
  • Miles Morales
  • Ms. Marvel
  • Nightcrawler
  • Peter Parker
  • Rocket & Groot
  • Scarlet Witch
  • Spider-Gwen
  • Star-Lord
  • Storm
  • Thor
  • Venom
  • Wasp
  • Wolverine

Senarai roster ini telah didedahkan melalui paparan utama di Game Informer, dan mereka juga turut memberi maklumat tambahan tentang bagaimana watak-watak adiwira ini bakal berfungsi dalam game.

Setiap watak ini akan memiliki combat style tersendiri dan juga speciality masing-masing; dan pemain boleh menambahbaik keupayaan ini secara individu. Terdapat juga Ability Points dimana ini membolehkan semua watak dalam game ini untuk di naiktaraf.

Di samping itu, terdapat juga elemen kerjasama antara watak-watak ini. Pemain akan membina satu pasukan adiwira seramai 4 orang dan pasukan ini akan mendapat attribute berdasarkan komposisi pasukan tersebut, contohnya meletakkan Black Widow, Spider-Gwen dan Scarlet Witch dalam satu pasukan akan memberikan attribute “Women of Marvel”. Saya pasti anda akan dapat mengagak attribute lain setelah melihat senarai penuh roster game ini nanti.

Tidak ketinggalan sistem Alliance Enhancement, yang membolehkan pemain menaiktaraf satu pasukan, mekanisma yang hampir sama dengan sistem Sphere Grid dalam Final Fantasy X. Dengan ini pemain bukan sahaja perlu memberi fokus kepada penambahbaikan adiwira secara individu, malahan keseluruhan pasukan.

Ketika ini, nampak seperti senarai penuh roster Marvel Ultimate Alliance 3 akan dikeluarkan sebelum tarikh keluaran rasmi game ini. Sementara itu, anda sudah boleh membayangkan komposisi pasukan impian yang anda bakal mainkan nanti.

Game ini akan berada di pasaran pada 19 Julai dan ianya ekslusif untuk Nintendo Switch.

Sumber: Gamerant & IGN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: marvel ultimate alliance 3nintendoswitchteam ninja
Previous Post

Underwater Ruins Expansion Untuk Black Desert Online

Next Post

Predator: Hunting Grounds Akan Ke PS4 Tahun 2020

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Predator: Hunting Grounds Akan Ke PS4 Tahun 2020

Predator: Hunting Grounds Akan Ke PS4 Tahun 2020

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd