Dikembangkan dengan kerjasama TiMi Studios dan The Pokémon Company, Pokemon Unite telah menjadi topik yang hangat di kalangan peminat sejak beberapa hari ini. Sebagai permainan MOBA, artikel ini adalah untuk memberitahu setiap jenis Pokemon dalam Pokemon Unite, dari yang paling comel hingga ke yang paling garang!
Sama seperti mana-mana MOBA, satu mekanik utama adalah untuk meningkatkan watak bagi mendapatkan abiliti yang lebih kuat. Di Pokemon Unite, mekanik ini mempunyai kaitan dengan elemen evolusi Pokemon.
Pemain akan memulakan perlawanan dalam bentuk asas Pokemon mereka dan harus meningkat level jika ingin belajar abiliti dan bentuk evolusi baru. Itu bermakna bahawa senarai watak akan terdiri dari banyak Pokemon dengan tiga tahap evolusi. Namun, kita ada beberapa pengecualian seperti Pikachu dan Snorlax.
Selepas dibocorkan di aplikasi TapTap, kini semua orang boleh tahu Pokemon apa yang akan keluar dalam permainan. Saya tidak tahu Pokemon apa yang boleh kita cuba semasa pelancaran rasmi, tetapi di bawah adalah senarai PASTI untuk semua Pokemon dalam Pokemon Unite!
Cramorant

Venusaur

Slowbro
Talonflame
Machamp
Gardevoir
Absol
Crustle
Charizard
Blastoise
Pikachu
Alolan Ninetales
Gengar
Mr. Mime
Snorlax
Garchomp
Lucario
Greninja
Cinderace
Eldegoss
Itu sahaja senarai kami untuk setiap jenis Pokemon dalam Pokemon Unite! Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut, baca ulasan awal kami di sini. Di bawah adalah petikan pendek dari ulasan kami:
“Bagi pendapat saya, game ini pasti akan menerima sambutan yang tinggi kerana beberapa sebab besar. Pertama sekali adalah populariti francais Pokemon yang sentiasa menarik minat orang di seluruh dunia. Kedua adalah game ini boleh dimainkan secara percuma, yang bermaksud semua orang dapat mencubanya tanpa risiko dan melihat jika mereka dapat menikmati permainan atau tidak.
Sebab terakhir adalah kerana game ini akan keluar di Nintendo Switch dan mempunyai fungsi cross-play dengan peranti telefon pintar. Bukan seperti PC, ini bermakna hampir semua orang yang berminat boleh mencuba game ini dengan memuat turun permainan ini di telefon pintar mereka.”
Untuk baca segala liputan kami tentang Pokemon Unite, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post