Permainan MMO terbaru dari pembangun Amazon, New World telah dilancarkan secara rasmi. MMO terbaru itu melihat kejayaan awal apabila menjadi permainan yang paling banyak dimainkan di Steam. Kejayaan itu sudah tentu tidak datang tanpa sebarang kos. New World hampir keseluruhannya dibanjiri pemain semasa pelancaran. Amazon telah memilih untuk menangani perkara ini dengan menerapkan konsep “queue” dalam permainan.
Masa menunggu untuk memasuki server New World tersangat lama kerana ramai pemain, streamer Twitch dan ahli komuniti ingin bermain permainan yang popular itu. Queue untuk New World dijangka mempunyai lebih dari 10 ribu pemain dengan jumlah pemain untuk satu server mempunyai kurang dari 25 ribu orang dalam queue. Disebabkan jumlah pemain tidak berkurangan dalam queue, jangka masa menunggu juga melebihi sejam untuk seorang pemain.

Buat masa ini, Amazon masih ingin mengehadkan populasi pemain dalam server New World. Tidak akan ada server yang mempunyai lebih dari 2000 pemain sehingga Amazon menyelesaikan ujian untuk menaikkan had tersebut. Nampak seperti Amazon ingin melihat prestasi server permainan itu ketika pemain melakukan pengembaraan mereka di New World. Sekiranya pemain cukup banyak dan tidak ada masalah prestasi yang besar, had tersebut mungkin akan dinaikkan tetapi bukan dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, Amazon mempunyai satu lagi penyelesaian sementara yang sedang dilaksanakan. Walaupun tidak menaikkan had server, ia membuka server baru untuk New World secepat mungkin. Dengan itu, akan ada server yg tersedia untuk pemain tanpa memasuki server wilayah lain. Amazon juga akan membuka server pemindahan percuma untuk pemain gunakan setelah gelombang pertama pemain reda.
Isu New World ini mungkin membuatkan sebilangan pemain menunggu dengan lama tetapi pelancaran permainan ini berjalan dengan lancar. Mereka yang berjaya memasuki server dapat bermain dengan selesa.

Pelancaran untuk permainan MMO selalu bergelora. Itulah yang berlaku apabila beratus-ratus ribu pemain cuba memulakan permainan dalam talian pada masa yang sama. Ia mungkin berubah dalam beberapa hari atau minggu. Harapnya pemain baru yang masih menunggu untuk bermain New World tidak berputus asa untuk bermain permainan MMO itu.
Sumber: Gamerant
@gamersantaimy
Discussion about this post