Relic Entertainment, Inc. dan SEGA hari ini mendedahkan bahawa pemain mempunyai peluang terakhir untuk bermain Company of Heroes 3 sebelum pelancaran rasminya di Steam pada 23 Februari 2023. Buat peminat strategi yang bersemangat, korang boleh pergi ke halaman Steam bagi Company of Heroes 3 sekarang dan mengambil bahagian dalam Multiplayer Tech Test – untuk membantu Relic menguji server dan infrastruktur secara besar-besaran.
Multiplayer Tech Test ini tersedia sekarang dan berlangsung sehingga Selasa, 17 Januari!
Peserta dapat mencuba lapan peta multiplayer berbeza yang ditetapkan di Itali dan Afrika Utara serta boleh bersaing dalam perlawanan 1v1, 2v2, 3v3, dan 4v4, serta bermain Skirmish vs AI, Annihilation Mode dan buat “Custom Games”. Pemain juga boleh teroka keempat-empat faction dan 12 Battlegroup yang termasuk dalam Company of Heroes 3 semasa pelancaran.

Multiplayer Tech Test ini ditujukan kepada peminat RTS dan strategi, tetapi Relic juga telah menyertakan “Mission Zero”, misi tutorial yang boleh dilangkau untuk mereka yang ingin “memanaskan memori RTS” mereka. Sebagai tambahan, semua peta multiplayer turut tersedia untuk dicuba melawan AI.
Untuk maklumat lanjut tentang Multiplayer Tech Test, anda boleh pergi ke blog ini di CoH-Development, di mana Relic menggalakkan pemain berkongsi pengalaman mereka selepas mencuba.

Untuk melihat segala liputan kami tentang francais Company of Heroes, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post