Perkhidmatan mudah alih digital Yoodo, hari ini mengumumkan kerjasama dengan ASUS Republic of Gamers (ROG) untuk mengadakan ROG x Yoodo MLBB Esports Amateur League. Pengumuman ini akan menjadi medan pertempuran untuk lebih daripada 64 pasukan dari seluruh Malaysia ketika mereka bersaing untuk mendapatkan prizepool sebanyak RM12,000 dan 20,000 MLBB Diamond.
Pendaftaran untuk ROG x Yoodo MLBB Esports Amateur League akan bermula pada 19 ke-27 Mei 2022, di mana Grand Final akan dijadualkan pada 2 Julai 2022. Buat pasukan yang berminat, korang boleh mendaftar di: https://geekevents.asia/mlbb-amatur-league

Yoodo adalah rakan kongsi bagus untuk ROG supaya masing-masing dapat mengembangkan pengaruh dalam dunia gaming. Acara kejohanan ini akan menjadi platform untuk bakat muda mempertajam kemahiran mereka dan menggalakkan persaingan yang sihat dalam kalangan pemain esport tempatan.
Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun, sangat teruja semasa mendedahkan berita ini dan berkata:
“Sebagai juara dalam asas gaming, Yoodo sentiasa mencari lebih banyak cara untuk memperkasakan golongan muda pemain berbakat dengan peluang untuk berkembang dan mempamerkan bakat mereka. Kami sangat teruja untuk jumpa rakan kongsi yang berfikiran sama seperti ROG dengan nilai dan matlamat yang sama dan menantikan bagaimana kita boleh meneroka lebih jauh lagi dalam perkongsian ini.”
Mengulas tentang kerjasama itu itu, Pengurus Produk Negara Malaysia & Indonesia untuk Unit Perniagaan Telefon Pintar, Marcia Sung berkata:
“Tiada cara yang lebih baik untuk kami berkembang ke dalam arena mobile gaming tanpa sokongan rakan kongsi yang mempunyai pengalaman hebat dalam gaming mudah alih seperti Yoodo. Tidak syak lagi kerjasama ini akan memberi manfaat yang besar kepada Republic of Gamers (ROG) dalam dunia mobile gaming, kawasan yang kami berminat untuk mengembangkan untuk tempoh masa yang lama.”
“Kejohanan ini menandakan hanya permulaan kerja kami bersama, dan kami begitu teruja untuk mula merancang inisiatif masa depan, semuanya direka untuk memberi manfaat kepada pengguna dan peminat gaming.”
Korang rasa hebat dalam Mobile Legends tapi belum ada peluang untuk menyerlahkan bakat? Inilah masanya!
Sekali lagi saya ingatkan, pendaftaran untuk ROG x Yoodo MLBB Esports Amateur League akan bermula pada 19 ke-27 Mei 2022. Buat pasukan yang berminat, korang boleh mendaftar di: https://geekevents.asia/mlbb-amatur-league
Untuk segala liputan kami tentang Mobile Legends, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post