ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah mengumumkan laptop gaming Zephyrus G14 Alan Walker Special Edition (GA401QEC) untuk pasaran Malaysia pada 7 September lalu! Seperti namanya, laptop ini direka dengan kerjasama artis, DJ dan produser muzik terkenal, Alan Walker dan direka khusus untuk sebarang usaha kreatif anda. Sempena itu, ASUS ROG telah membuka peraduan “Join The The Walkers Challenge” di mana netizen berpeluang memenangi laptop yang bernilai RM7,999 ini secara percuma!
Peraduan ini bermula sebenarnya sudah bermula sejak 7 September 2021 hingga 30 September 2021 dan dibuka untuk mana-mana individu yang berumur 18 tahun ke atas. Apa yang harus anda buat? Mudah sahaja. Kamu hanya perlu memuat naik video kreatif bersama lagu Sorry (DJ CZA’s ROG Remix). Pemenang akan dipilih berdasarkan kualiti & kreativiti dalam kandungan video (iaitu penggunaan lagu, mood, arahan, stiker, gif, dll).
Berikut adalah arahan lengkap:
- Langkah 1
- Tetapkan profil Instagram anda ke “Public” dalam Settings Privacy.
- Save lagu ini ke dalam senarai: my.rog.gg/AW_Sorry_ROG
- Langkah 2
- Muat naik video “Join The Walkers Challenge” anda di Instagram Reels.
- Tekan ikon muzik, pilih lagu yang anda save tadi.
- Anda boleh menggunakan sticker, GIF, kesan khas, dan teks untuk mempamerkan kreativiti video.
- Langkah 3
- Dalam kapsyen, tambahkan hashtag #ROGAlanWalkerMY, tag @asusrogmalaysia
- Tulis kapsyen ringkas mengenai ciri kegemaran anda di ROG Zephyrus G14 AW SE.
- Tekan pilihan “Also share to feed”.
Sebanyak sembilan video akan dipilih berdasarkan jumlah “Like” tertinggi di posting mereka dan akan menerima ganjaran-ganjaran eksklusif. Daripada sembilan video tersebut, hanya satu sahaja yang akan menang laptop gaming eksklusif Alan Walker yang dipilih berdasarkan kreativiti dan kualiti. Berikut adalah antara hadiah yang kamu boleh menang:
- Video Instagram Paling Kreatif:
- Hadiah Utama: 1x ROG Zephyrus G14 AW SE
- 9 Pemenang Bertuah:
- 3x ROG Slash Sling Bag
- 3x Mystery Gift Box
- 3x ROG Alan Walker Cap & Sock

Jangan tunggu lagi! Sertai peraduan ASUS ROG “Join The The Walkers Challenge” sekarang menggunakan pautan INI!
[wpdatatable id=4]@gamersantaimy
Discussion about this post