Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sertai Alpha Test ke-4 Black Survival: Eternal Return! Anime Battle Royale terhangat oleh Nimble Neuron!

Alpha test bermula semalam hingga 16 Disember.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2019
in Anime, Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Sertai Alpha Test ke-4 Black Survival: Eternal Return! Anime Battle Royale terhangat oleh Nimble Neuron!
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan survival battle royale dengan fokus kepada watak-watak anime, Black Survival: Eternal Return telah mengadakan Alpha Test yang ke-4 di Steam semalam. Game ini telah dibangunkan oleh sebuah studio di Korea Selatan, bernama Nimble Neuron, selama 10 bulan yang lalu dan ia akan hampir dilancarkan untuk Early Access pada awal tahun depan. Ini mungkin Alpha Test terakhir yang akan mereka lakukan di mana 15 pemain bertemu satu sama lain di sebuah pulau dengan matlamat utama adalah untuk menjadi pemain terakhir.

Elemen yang pelik dalam permainan ini adalah mekanik “searching” dan “crafting” yang memberikan perasaan MOBA dan ini benar-benar menyerlahkan lagi kepentingan strategi. Mari kita lihat trailer di bawah:

Ciri-Ciri Utama

  • Tewaskan pemain lain dalam permainan survival Battle Royale yang unik dan menarik.
  • Pilih watak anime kegemaran dengan kemahiran yang unik, gaya pertempuran tersendiri, helah keji dan pelbagai pilihan senjata. Bermain sebagai polis muda Aya, pembunuh bersiri Jackie, ketua geng motor Magnus dan banyak lagi.
  • Reka strategi anda sendiri dengan setiap karakter, dan senjata khusus. Bersiap sedia untuk bertarung secara dekat, secara jarak jauh, atau menyerang hendap.
  • Cari dan reka alatan hidup yang membolehkan anda terus berjuang. Pastikan untuk mereka peralatan terbaik, dan juga mencari makanan dan minuma. Jangan lupa menggunakan perangkap dan kamera untuk mendapatkan kelebihan di medan pertempuran.
  • Pastikan anda menjadi yang terakhir selepas menyingkirkan 14 pemain lain.

 

1 of 7
- +

Cara-cara untuk menyertai Alpha Test

Alpha Test ke-4 akan tersedia di Steam untuk dimuat turun secara percuma hanya selama 4 hari tempoh ujian. Akan ada halaman Steam berasingan untuk ujian di bawah nama Black Survival: Eternal Return – 4th Alpha.

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alpha Testbattle royaleBlack Survival: Eternal Returnsteam
Previous Post

Demo video treler terbaru Devil May Cry: Pinnacle of Combat menampilkan penggunaan senjata Dante!

Next Post

Blizzard Entertainment memberi kemaskini hebat sempena musim cuti ini untuk permainan Overwatch dan Hearthstone!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Blizzard Entertainment memberi kemaskini hebat sempena musim cuti ini untuk permainan Overwatch dan Hearthstone!

Blizzard Entertainment memberi kemaskini hebat sempena musim cuti ini untuk permainan Overwatch dan Hearthstone!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd