Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Seramai 46 pemain pro Dota 2 diharamkan di arena kompetitif termasuk 9 warga Malaysia – punca ‘main tipu’!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2023
in Artikel, Berita, Esports, Fakta & Trivia
0 0
0
Seramai 46 pemain pro Dota 2 diharamkan di arena kompetitif termasuk 9 warga Malaysia – punca ‘main tipu’!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hari semalam, Valve dan Perfect World telah membuat keputusan untuk mengharamkan sebanyak 46 pemain profesional termasuk 9 pemain Malaysia di Dota 2 Pro Circuit (DPC) – China kerana ‘berkelakuan tidak adil’ dalam acara kompetitif esports.

Secara khususnya, mereka mengeluarkan kenyataan rasmi yang menjelaskan ‘siapa’ dan ‘mengapa’ dikenakan ‘ban melalui akaun Weibo. Majoriti yang dikenakan hukuman termasuk pemain daripada pasukan Knights dan EHOME di mana beberapa terpaksa diharamkan seumur hidup daripada arena kompetitif esports Dota 2.

Sebelum ini, pasukan Knights sering disyaki oleh komuniti Dota 2 selepas dituduh ‘match-fixing’ di peringkat Major dan menggunakan ‘hack’ semasa perlawanan Dota 2 Pro Circuit. Pada masa yang sama, pasukan EHOME adalah satu kejutan besar bagi komuniti Dota 2 kerana mereka tidak pernah menimbulkan isu sebelum ini.

Seperti saya sebutkan tadi, Perfect World dan Valve mengenakan hukuman ke atas 46 pemain, termasuk 21 ban seumur hidup, 13 ban selama dua tahun, dan 12 ban selama satu tahun; di mana pemain-pemain ini diharamkan daripada menyertai mana-mana acara yang dianjurkan oleh Valve dan Perfect World.

[wpdatatable id=150]

Oleh itu Perfect World selaku penganjur Chinese Dota 2 Pro Circuit (DPC) telah mengumumkan penyingkiran lima pasukan Dota 2 daripada DPC China 2023 Tour 2: Division I dan II. Pasukan ini ialah:

  • Antarctic Penguin (dahulunya Knights)
  • EHOME
  • Solitude (dahulunya Dawn Gaming)
  • Kylin Esports Club (dahulunya LBZS)
  • Team Mystique

Melalui keputusan ini, mereka ingin menghantar mesej bahawa semua pihak komited untuk mengekalkan integriti kejohanan esport profesional dan tidak akan bertolak ansur kepada sebarang jenis penipuan/match-fixing.

Sumber – Wanuxi


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Jom join giveaway PS5, kena ambik gambar kat Lot 10 bersama dengan Spider-Man 2 Art Installation je! Arahan lebih lanjut ada dalam video!#ps5 #playstation5 #playstation #ps5malaysia #LiveFromPS5MY #GamerSantaiPS5 pic.twitter.com/MFgeWyBAr7

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 6, 2023
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinaDota 2EsportsMalaysia
Previous Post

Mega Man Battle Network Legacy Collection akan keluar pada 14 April 2023

Next Post

Doraemon SoS: Friends of the Great Kingdom ‘DLC Pack 3: Together with Animals’ kini tersedia bersama update percuma

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Doraemon SoS: Friends of the Great Kingdom ‘DLC Pack 3: Together with Animals’ kini tersedia bersama update percuma

Doraemon SoS: Friends of the Great Kingdom 'DLC Pack 3: Together with Animals' kini tersedia bersama update percuma

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd