Rainbow Six Pro League Season X Finals telah pun berakhir sebentar tadi dan ternyata acara yang berlansung di Jepun ini menjadi hangat dengan kemenangan pasukan Natus Vincere (NaVi) yang berjaya menewaskan pasukan DarkZero Esports dengan mata 2-0 dan memenangi kejohanan permainan Rainbow Six Siege ini! Dan paling menarik, editor kami sempat mengejar mereka untuk menemuramah seketika selepas perlawanan beraakhir sebentar tadi!
Inilah pengenalan ringkas Natus Vincere! Juga dikenali sebagai Na’Vi, skuad secara rasmi berada di bawah sepanduk pasukan pada bulan Jun, memberikan mereka kira-kira 6 bulan untuk bermain bersama. Skuad yang datang dari Challenger ternyata bukan lagi rahsia, sekelip mata, mereka menjadi sebuah nama yang terkenal dan hari ini pula mencipta kemenangan!
Yang pertama sekali NaVi menyatakan selepas sahaja Rainbow Six Pro League ini mereka akan mengadakan pertandingan “Rainbow Six Siege” Premiership pada 23 November, sebelum memutuskan untuk berehat. Selepas rehat, mereka memutuskan untuk memasuki semula acara yang berkaitan dengan “Rainbow Six Siege”, dan bersiap untuk musim Rainbow Six Pro League musim ke-11 dan SIX INVITATIONAL yang akan datang tahun hadapan.
Mereka turut mengongsikan pasukan paling digentar mereka adalah Wildcard Gaming yang mereka anggap lawan paling sukar mereka di Rainbow Six Pro League. Mereka menyebut banyak persediaan untuk pasukan melihat gerak geri Wildcard Gaming, strategi peta mereka, strategi khusus mereka, tetapi juga mengatakan pasukan tersebut telah berubah banyak. Itulah sebabnya permainan kedua pasukan ini hampir sama.
Walaupun mereka mengambil sedikit masa, skuad terbesar dari Rainbow Six Pro League pada dasarnya adalah pengalaman dalam kejohanan LAN. Pengurusan sepanjang permainan, pusingan dan memperkuat kekuatan mental mereka, telah menjadi pelajaran yang baik hingga kemenangan.
Akhir kata, kami sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Natus Vincere dengan menjuarai Rainbow Six Pro League Season X ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post