Pada 7 Mac yang lalu, telah berakhir sesi pemilihan untuk pasukan-pasukan yang akan mewakili ke Sukan SEA 2021 yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam. Sesi pemilihan tersebut telah dilakukan pada 21 Februari . Sudah tentu ramai pasukan yang menyertai dan berlawan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tempat untuk mewakili negara tercinta dalam e-sukan. Jadi, tanpa membuang masa, mari kita lihat pasukan-pasukan yang terpilih untuk mewakili Malaysia!
Kepada yang tidak tahu, terdapat dua cara pemilihan untuk Sukan SEA kali ini. Dua cara tersebut ialah pemilihan tertutup melalui jemputan dan pemilihan terbuka. Pemilihan tertutup mempunyai tiga game yang dimainkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Player’s Unknown Battlegrounds Mobile dalam skuad dan individu, dan yang terakhir Free Fire.
Untuk pemilihan terbuka pula, terdapat empat game yang dimainkan iaitu League of Legends: Wild Rift untuk pasukan lelaki dan perempuan, FIFA Online 4, Arena of Valor dan League of Legends.

Dengan pasukan yang dipilih sekarang, Malaysia menyasarkan kedudukan pingat kedua teratas dan dijangka diperoleh daripada game seperti MLBB, PUBG Mobile, FIFA Online 4 dan Arena of Valor. Sasaran ini dibuat melalui prestasi atlet pada sukan SEA yang lalu, di mana kontijen negara berjaya membawa pulang pingat emas untuk game Heartstone dan pingat gangsa untuk MLBB.
Selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan ke Sukan SEA 2021 dan majulah e-sukan untuk negara! Untuk mendapatkan liputan lain daripada kami mengenai e-sukan, sila klik pautan ini.
Sumber: Genesix
@gamersantaimy
Discussion about this post