Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai setiap GAME yang disahkan untuk PLAYSTATION 5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 13, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PS4, PS5
0 0
0
Senarai setiap GAME yang disahkan untuk PLAYSTATION 5!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun PlayStation 5 akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, Sony masih belum mendedahkan game apa yang akan dilancarkan bersama konsol PS5. Ramai yang tertanya kan? Jadi saya memutuskan untuk membuat senarai setiap game PS5 yang disahkan setakat ini. Sebahagian besar darinya tidak didedahkan oleh Sony tetapi oleh pihak ketiga yang ingin menyampaikan berita ini terlebih dahulu. Senarai ini termasuk game daripada Ubisoft, Gearbox, Techland, THQ Nordic, EA, dan banyak lagi.

Di bawah, anda boleh menyemak setiap game PS5 yang disahkan setakat ini. Selain itu, di bahagian bawah artikel ini adalah senarai game yang saya syak pun akan keluar pada PS5 pada hari pelancaran, tetapi masih belum disahkan pada saat menulis. Senarai ini terhad kepada game yang DISAHKAN sahaja. Khabar angin dan berita “leaked” tidak disertakan, tetapi akan ditambah jika ia disahkan. Pada masa yang sama, walaupun beberapa game PS4 seperti The Last of Us Part II dan Ghost of Tsushima akan dipindahkan ke PS5, buat masa ini ia belum disahkan, dan itu pun tidak termasuk.

Tanpa melengah lagi, di sini adalah setiap game yang disahkan untuk PlayStation 5.

Godfall – 2020

Godfall adalah game third-person fantasy action RPG yang menemukan ciri looter dan slasher kepada satu. Dibangunkan oleh Counterplay Games (para pencipta Duelyst) dan penerbit Gearbox, ia adalah permainan pertama yang disahkan untuk PS5, dan merupakan game next-gen.

Outriders – 2020

Outriders adalah third-person looter-shooter yang dibangunkan oleh People Can Fly, pasukan yang terkenal untuk Bulletstorm dan Gears of War: Judgement. Ia akan diterbitkan oleh Square Enix, dan akan menjadi keluaran cross-gen.

Gods and Monsters – 2020/2021

Gods and Monsters adalah game action adventure dengan aspek gameplay yang menyerupai Legend of Zelda: Breath of the Wild. Ia sedang dibangunkan oleh pasukan di belakang Assassin’s Creed Odyssey dan diterbitkan oleh Ubisoft sebagai keluaran cross-gen.

Gothic (Remake) – 2021+

Remake kepada game klasik Gothic pada tahun 2001, action RPG fantasy ini diterbitkan oleh THQ Nordic dan dibangunkan oleh sebuah studio baru dan tidak dikenali di Sepanyol. Ia akan menjadi game next-gen.

Rainbow Six Quarantine – 2020/2021

Rainbow Six Quarantine adalah three-player tactical co-op FPS dari penerbit Ubisoft dan pasukan kecil daripada Rainbow Six Siege. Ia sedang dibangunkan sebagai game cross-gen.

The Lord of the Rings: Gollum – 2021

The Lord of the Rings: Gollum adalah game action adventure yang mengikuti kisah Gollum selepas dia memperoleh One Ring. Ia sedang dibangunkan untuk konsol next-gen oleh Daedalic Entertainment, sebuah studio Jerman terkenal dalam genre adventure.

Watch Dogs: Legion – 2020/2021

Watch Dogs: Legion adalah game open-world crime-action di mana anda boleh bermain sebagai NPC dalam permainan. Berlangsung di London, England, ia tidak mempunyai kesinambungan dengan dua game pertama dalam siri. Ia sedang dibangunkan di Ubisoft sebagai game cross-gen.

Dying Light 2 – Tarikh tidak rasmi

Dying Light 2 adalah game open-world zombie survival-horror. Sedang dalam pembangunan oleh Techland, ia adalah game cross-gen dan tidak mewajibkan anda untuk bermain permainan pertama dalam siri ini untuk faham jalan cerita.

Game baru oleh Bluepoint Studios – Tarikh tidak rasmi

Bluepoint Studios yang terkenal dengan pembangunan Shadow of the Colossus remaster dan Uncharted: Nathan Drake Collection — mengesahkan mereka sedang melakukan remake untuk PS5. Studio itu tidak mendedahkan lagi apa permainan itu, tetapi khabar angin mengatakan Demon’s Souls.

Diumumkan tetapi tidak disahkan untuk PS5:

  • Cyberpunk 2077
  • The Last of Us Part II
  • Ghost of Tsushima
  • Final Fantasy VII Remake (Part 2)
  • The Elder Scrolls VI
  • Starfield
  • BioShock 4
  • Diablo 4
  • Overwatch 2
  • NBA Live baru
  • Call of Duty 2020
  • Project Awakening
  • Sniper Elite 5
  • The Sims 5
  • Battlefield 6
  • Game Star Wars baru
  • Game Avatar baru
  • Beyond Good and Evil 2
  • Skull & Bones
  • Elden Ring
  • Payday 3
  • Game Saints Row baru
  • The Wolf Among Us 2
  • Back 4 Blood
  • Sons of the Forest
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cyberpunk 2077dying light 2final fantasy vii remakeGameghost of tsushimaGodfallGods and MonstersGothicOutridersPermainan videoplaystation 5ps5Rainbow Six QuarantineSonyThe Last of Us part IIThe Lord of the Rings: GollumWatch Dogs Legion
Previous Post

Pesakit koronavirus sembuh dengan bantuan ANIME!

Next Post

For Honor X Prince of Persia crossover selama 3 minggu dengan pelbagai ganjaran istimewa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Game James Bond ‘007: First Light’ Diumumkan – Pendedahan Penuh Pada 7 Jun
Berita

Game James Bond ‘007: First Light’ Diumumkan – Pendedahan Penuh Pada 7 Jun

June 3, 2025
Next Post
For Honor X Prince of Persia crossover selama 3 minggu dengan pelbagai ganjaran istimewa!

For Honor X Prince of Persia crossover selama 3 minggu dengan pelbagai ganjaran istimewa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd