Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai game terbaik sepanjang Ogos 2022! Ada Gigabash, Saints Row dan banyak lagi!

Maira by Maira
August 1, 2022 - Updated on August 2, 2022
in Artikel, Berita, Game, Senarai
0 0
0
Senarai game terbaik sepanjang Ogos 2022! Ada Gigabash, Saints Row dan banyak lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap bulan keluar game yang best dan menarik. Lagi-lagi hujung tahun, memang banyak game gempak yang keluar. Game untuk bulan Ogos 2022 juga boleh tahan hebat. Jom kita lihat game apa yang menanti kita sepanjang bulan Ogos 2022.

Gigabash [PC, PS4, PS5] – 5 Ogos

Tuntut tempat anda sebagai raja dalam kalangan Titan! GigaBash ialah game multiplayer arena brawler dengan Kaiju yang diilhamkan oleh filem kaiju yang mempunyai serangan khas yang boleh menghancurkan bumi dan persekitaran yang boleh dimusnahkan sepenuhnya.

Thymesia [PC, PS5, XSX] – 9 Ogos

Thymesia ialah game action-RPG dengan pertempuran pantas dan sistem senjata rawak yang rumit. Dalam kerajaan di mana kematian telah merebak, main sebagai watak misteri yang dikenali sebagai “Corvus”. Mangsa musuh anda, gunakan kuasa penyakit dan cari kebenaran dalam memori anda sendiri.

Two Point Campus [PC, PS5, XSX, PS4, XBO, Switch] – 9 Ogos

Bina universiti impian anda dengan Two Point Campus, game simulator dengan kelainan daripada developer Hospital Two Point. Bina kampus anda, ambil kakitangan dan jalankan institusi akademik yang penuh dengan kursus pelik.

Tower of Fantasy [PC, iOS, Android] – 10 Ogos

Dibangunkan oleh Hotta Studio, Tower of Fantasy adalah game ‘post-apocalyptic’ yang diilhamkan oleh anime dengan sedikit sentuhan sci-fi. Bina watak anda sendiri dan mulakan pengembaraan di planet Aida!

Cult Of The Lamb [PC, PS5, XSX, PS4, XBO, Switch] – 11 Ogos

Mulakan cult anda di sebuah kawasan yang penuh dengan penyampai palsu, terokainya dan bima komuniti yang setia dan menyebarkan ajaran anda untuk menjadi satu cult yang benar.

Marvel’s Spider-Man Remastered [PC] – 12 Ogos

Dalam Marvel’s Spider-Man Remastered, dunia Peter Parker dan Spider-Man bertembung dalam kisah yang penuh aksi. Bermain sebagai Peter Parker yang memerangi jenayah besar dan penjahat ikonik di New York. Ayun web melalui kawasan kejiranan yang meriah dan kalahkan penjahat dengan takedown epik.

Rollerdrome [PC, PS5, PS4] – 16 Ogos

Rollerdrome ialah third-person action shooter dengan pergerakan yang lancar serta mekanik helah yang boleh menjadikan pelengkap dan mencabar untuk mencipta pengalaman shooter yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Tribes of Midgard [XSX, XBO, Switch] – 16 Ogos

Gergasi akan datang! Bentuk puak dengan sehingga 10 pemain untuk mempertahankan kampung anda daripada serangan roh maut yang tidak henti-henti dan makhluk kejam gergasi yang bertekad untuk memusnahkan dunia dalam game ini dengan gabungan unik aksi, survival dan elemen roguelite.

Way of the Hunter [PC, PS5, XSX] – 16 Ogos

Game ini membolehkan anda meneroka dan memburu dalam persekitaran dunia terbuka yang besar di Amerika Syarikat dan Eropah. Temui haiwan yang benar-benar hidup di habitat semula jadi yang indah dan kendalikan pelbagai senjata terperinci dan sangat realistik. Hadapi cabaran pemburuan beretika, disokong oleh cerita yang menarik, atau nikmati sahaja memburu persekitaran yang kaya dengan bebas.

Saints Row [PC, PS5, XSX, PS4, XBO] – 23 Ogos

Selamat datang ke Santo Ileso, sebuah bandar fiksyen yang meriah di Barat Daya Amerika. Dalam dunia yang penuh dengan jenayah, sekumpulan anak muda memulakan usaha dalam melakukan jenayah mereka sendiri.

SD GUNDAM BATTLE ALLIANCE [PC, PS5, PS4, XSX, XBO, Switch] – 25 Ogos

SD Gundam Battle Alliance ialah game multiplayer Gundam action RPG di mana anda menghapuskan musuh secara solo atau bersama kawan dalam pertempuran mecha yang mendebarkan. Dapatkan mobile suit baru, tingkatkan kuasa mereka dan bawanya ke medan pertempuran dalam pelbagai misi!

Soul Hackers 2 [PC, PS5, XSX, PS4, XBO] – 26 Ogos

Terokai RPG supernatural dengan summoner bergaya dan bahaya yang menyelinap dalam kegelapan di bawah lampu neon cyberpunk Jepun. Terpulang kepada Ringo, ejen Aion untuk menyelamatkan dunia daripada kemusnahan.

Destroy All Humans! 2 – Reprobed [PC, PS5, XSX] – 30 Ogos

Crypto kembali untuk membuat huru hara di seluruh stage yang telah dirombak sepenuhnya. Senjata juga direka semula untuk memberi pilihan yang lebih menarik ketika menimbulkan kekacauan dan kemusnahan bangunan yang lebih baik ketika memancarkan death ray melalui piring terbang anda. 

F1 Manager 2022 [PC, PS5, XSX, PS4, XBO] – 30 Ogos

Tinggalkan jejak anda pada Formula 1 dalam F1 Manager 2022. Jadilah bos kepada pembina pilihan anda dan pilih pemandu serta kakitangan yang hebat.

Scathe [PC] – 31 Ogos

Scathe ialah FPS yang sengit dan berlumuran darah di mana refleks pantas adalah kunci untuk bertahan daripada bullet Hell. Hancurkan demon yang paling mengganas di dunia dan kumpulkan Hellstone dengan game co-op dalam talian.


Game mana yang menarik hati anda sepanjang bulan ini? Adakah anda akan belinya nanti? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Cult of The LambDestroy All Humans! 2F1 Manager 2022Game Ogos 2022GigabashMarvel's Spider-Man: RemasteredRollerdromeSaints RowScatheSoul Hackers 2ThymesiaTower of FantasyTribes of MidgardTwo Point CampusWay of the Hunter
Previous Post

Koleksi fesyen ROG Slash 2022 tiba di Malaysia, harga bermula RM399

Next Post

[Preview] Apex Legends: Hunted – Info lengkap tentang season 14

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Preview] Apex Legends: Hunted – Info lengkap tentang season 14

[Preview] Apex Legends: Hunted - Info lengkap tentang season 14

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd