Dengan teknologi sekarang, kita dapat lihat pelbagai jenis game yang sememangnya hebat. Walaupun begitu, banyak sahaja game klasik yang susah untuk ditandingi dan susah untuk dimainkan semula atas faktor-faktor tertentu. Berita baiknya, banyak pembangun game telah mengembalikan barisan game hebat mereka untuk generasi gamer baru mengalaminya. Kami ada senaraikan beberapa game remake yang sangat berbaloi untuk anda cuba! Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat senarai tersebut.
Final Fantasy 7 Remake
Daripada model yang berkotak, Final Fantasy 7 Remake akhirnya tiba dengan model serta persekitaran yang lebih realistik. Alami semula perjalanan Cloud Strife dalam operasinya untuk memusnahkan Mako Reactor di kota Midgar. Anda boleh mainkan game ini melalui PS5, PS4 dan PC.
Resident Evil 2
Melihat entri terbaru Resident Evil yang semakin canggih, sudah tentu peminat ingin melihatnya dalam entri terdahulu. Dilancarkan pada 2019, Resident Evil 2 remake hadir dengan grafik yang lebih realistik serta kawalan yang lebih baik. Dengan penyampaian yang begitu baik, ia menjadi pengukur kepada game remake terbaru daripada francais tersebut. Anda boleh mainkannya melalui PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC.
Dead Space
Dibangunkan oleh EA pada 2008, anda mengikuti jurutera Isaac Clarke semasa dia meneroka kapal angkasa yang dipenuhi dengan Necromorph. Remake game ini telah tersedia pada 27 Januari di PS5, Xbox Series dan PC.
Demon’s Souls
Salah satu entri soulslike yang diminati ramai. Dengan penambahan kawalan dan ciri yang moden, Demon’s Souls remake berjaya menarik pemain lama dan baru untuk mencubanya. Dilancarkan pada 2020, ianya tersedia di PS5.
The Last of Us Part 1
Walaupun sudah mempunyai versi remastered, nampaknya pembangun Naughty Dog ingin membawa pemain melihat dunia The Last of Us yang lebih menyerlah. Versi remake ini bukan sahaja membawa grafik yang lebih hebat, ia turut menambah beberapa ciri baru untuk pemain-pemain.
Yakuza Kiwami 1+2
Bercerita tentang Yakuza, mesti ramai yang terus teringat pada Kazuma Kiryu. Yakuza Kiwami dihasilkan untuk mengalami semula kisah awal siri Yakuza. Dengan gameplay yang diperbaharui, sinematik baru serta gaya battle seperti Yakuza 0, ia merupakan satu entri lengkap untuk pemain baru dan lama. Kiwami 2 turut dilepaskan selepas mendapat sambutan yang baik daripada pemain.
Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2
Siapa cakap game sukan tiada peminat? Game skate Tony Hawk ini merupakan siri popular selepas ia dikeluarkan. Remake game ini membaiki beberapa masalah daripada game lama dan memberikan rupa grafik baru padanya. Memandangkan gameplay asasnya masih lagi sama, jadi tiada masalah untuk pemain lama untuk menikmatinya.
Remake akan datang
Resident Evil 4
Satu lagi remake untuk francais RE. Memandangkan remake sebelumnya mendapat sambutan yang baik daripada peminat, sudah tentu mereka inginkan RE 4 pula. Game ini akan dilancarkan pada 24 Mac ini di PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One dan PC.
Silent Hill 2
Pengumuman Silent Hill 2 remake sememangnya membuatkan ramai peminat teruja. Lama juga Konami tidak menyentuh IP ini. Untuk remake ini, ia dibangunkan oleh Bloober Team (Layers of Fear, The Medium) dan akan hadir ke platform PS5 dan Steam. Buat masa ini, tiada lagi tarikh keluar yang diumumkan.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Game remake mana yang anda suka? Boleh kongsikan kepada kami di ruangan komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post