Selalu tengok orang main Grand Theft Auto (GTA) dekat PC dan konsol sahaja kan? Anda tahu tidak, GTA juga tersedia di platform mobile. Bukan satu sahaja, malah pelbagai siri GTA lain boleh dimainkan. Ingin tahu game Grand Theft Auto mana yang tersedia, jom tengok senarai yang kami sediakan ini. Tetapi ingat game ini semua perlu dibayar dan bukan percuma untuk dimainkan.
GTA: Liberty City Stories (RM25.99 – RM29.90)

Bersedia untuk kembali ke East Coast kerana Grand Theft Auto: Liberty City Stories kembali ke peranti mobile. Dengan misi yang lebih pendek dan diperkemas, pengembaraan dunia terbuka ini telah remaster untuk Android dengan peningkatan grafik yang meluas, kawalan sentuhan yang diseimbangkan semula dan cross-platform save.
Bekas orang yang dipercayai untuk keluarga Leone, Toni Cipriani pulang ke Liberty City selepas menghabiskan masa bersembunyi kerana membunuh seorang lelaki. Kini, jalan raya di Liberty City sedang bergolak, kerana banyak keluarga mula bersaing untuk mengawal bandar itu. Ia juga kini berada di bawah gelombang rasuah politik, jenayah terancang, pengedaran dadah dan mogok. Pembunuhan yang gila, hartawan yang tidak bermoral, ahli politik yang sinis dan ibunya sendiri menghalang Toni yang cuba membawa bandar itu di bawah kawalan keluarg Leone.
GTA: Chinatown Wars (RM15.99 – RM19.90)

Selepas pembunuhan bapanya, Huang Lee mempunyai misi mudah: menghantar pedang purba kepada Pakcik Kenny untuk memastikan keluarganya mengekalkan kawalan ke atas kumpulan Triad Liberty City. Huang ialah seorang anak kaya yang manja yang mengharapkan segala-galanya berjalan lancar, tetapi perjalanannya tidak berjalan seperti yang dirancang. Selepas dirompak dan dibiarkan mati, dia akan mencari kehormatan, kekayaan dan membalas dendam di bandar paling berbahaya dan muflis moral di dunia.
Grand Theft Auto: San Andreas (RM25.99 – RM29.90)

Lima tahun yang lalu, Carl Johnson melarikan diri daripada tekanan hidup di Los Santos, San Andreas, sebuah bandar yang merobek dirinya sendiri dengan masalah kumpulan, dadah dan rasuah. Kini berada di awal 90-an, Carl perlu pulang kerana ibunya telah dibunuh, keluarganya bergaduh dan kawan-kawannya semua menuju ke arah yang memusnahkan diri. Sampai sahaja di bandar itu, beberapa polis telah menuduhnya kerana membunuh. CJ terpaksa meneruskan perjalanan merentasi San Andreas dan selamatkan keluarganya.
GTA III (RM15.99 – RM19.90)

Selamat datang ke Liberty City.
Grand Theft Auto III hadir ke peranti mobile, menghidupkan dunia gelap Liberty City. Dengan dunia terbuka yang besar dan pelbagai, watak liar dari setiap lapisan masyarakat dan kebebasan untuk meneroka sesuka hati, Grand Theft Auto III meletakkan dunia jenayah yang gelap, menarik dan kejam di hujung jari anda. Dengan lakonan suara yang cemerlang, jalan cerita komik yang gelap, soundtrack yang menakjubkan dan Grand Theft Auto III ialah game yang menentukan genre open-world untuk satu generasi.
GTA Vice City, sepatutnya tersedia untuk dimainkan pada platform mobile tetapi kini sudah lagi tidak tersedia untuk dibeli. Mungkin ini juga langkah oleh Rockstar Games untuk meletakkan game GTA Trilogy remaster di gedung aplikasi mobile. Tetapi GTA III dan San Andreas masih lagi boleh dibeli. Game itu juga mungkin dibuang oleh Rockstar tidak lama lagi. Untuk mendapatkan liputan lain kami mengenai game ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post