Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] Senarai filem GEMPAK yang bakal keluar di Malaysia pada tahun 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 4, 2022 - Updated on March 14, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Tempatan
0 0
0
[UPDATE] Senarai filem GEMPAK yang bakal keluar di Malaysia pada tahun 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

UPDATE: Senarai ini dikemaskini setakat 14 Mac 2022 berikut beberapa perubahan jadual.

Walaupun pandemik tetapi masih ada banyak filem bagus pada tahun 2021. Memandangkan kita sudah masuk tahun 2022, nampaknya lebih banyak filem hebat-hebat belaka akan datang ke pawagam pada tahun ini. Sempena itu, saya membuat senarai ringkas untuk “filem gempak yang bakal keluar di Malaysia pada tahun 2022! (yang disahkan setakat ini) dan tarikh untuk menontonnya. Semoga dapat membantu!

*Tarikh tayangan filem tertakluk kepada perubahan dari tahun 2022 hingga ke tahun 2023 di Malaysia, tetapi saya akan kemas kini secepat mungkin*

Resident Evil: Welcome To Raccoon City (6 Januari 2022)

Genre: Action / Adventure / Horror

Pelakon: Kaya Scodelario, Robbie Amell, Avan Jogia, Hannah John-Kamen

Kembali kepada asal usul francais “Resident Evil” yang sangat popular, Johannes Roberts menghidupkan versi game untuk peminat generasi baharu. Dalam filem ini, Raccoon City kini menjadi sebuah bandar yang hampir mati. Umbrella Corporation meninggalkan bandar itu sebagai tanah terbiar… di mana sejenis kejahatan sedang menyorok di bawah tanah. Apabila kejahatan itu dilepaskan, sekumpulan orang yang terselamat harus bekerjasama untuk membongkar kebenaran di sebalik Umbrella dan bertahan hidup.

Belle (6 Januari 2022)

Genre: Anime

Pelakon: Kaho Nakamura, Takeru Sato, Koji Yakusho, Lilas Ikuta

Suzu ialah seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun yang tinggal di sebuah kampung luar bandar bersama bapanya. Suatu hari, dia memasuki “U”, sebuah dunia maya dengan 5 bilion ahli di internet. Di sana, dia bukan Suzu lagi tetapi Belle, seorang penyanyi terkenal. Tidak lama lagi, dia bertemu dengan makhluk misteri. Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan penuh cabaran dan cinta dalam usaha untuk menemui diri mereka yang sebenar.

Sword Art Online Progressive: Aria Of A Starless Night (13 Januari 2022)

Genre: Action / Adventure / Animation

Pelakon: Yoshitsugu Matsuoka, Haruka Tomatsu, Ayana Taketatsu, Kanae Ito, Rina Hidaka

Pada tahun 2022, Akihiko Kayaba telah mencipta permainan dalam talian realiti maya bernama Sword Art Online (SAO). Pada hari pelancaran, beribu-ribu pemain log masuk, hanya untuk mendapati mereka tidak boleh log keluar. Mereka telah terperangkap di dalam permainan, sebagai sebahagian daripada rancangan jahat Akihiko. Dia hanya membenarkan orang keluar jika mereka mengalahkan kesemua 100 tingkat dalam permainan, yang terletak di dalam istana besar bernama Aincrad. Pemain diberi amaran bahawa jika mereka mati dalam permainan atau cuba log keluar secara paksa, mereka juga akan mati di dunia nyata.

Scream (20 Januari 2022)

Genre: Horror / Mystery / Thriller

Pelakon: Melissa Barrera, Kyle Gallner, Mason Gooding, Mikey Madison, Dylan Minnette, Jenna Ortega, Marley Shelton, Courteney Cox, David Arquette, Neve Campbell

25 tahun selepas siri pembunuhan kejam di bandar Woodsboro yang sunyi, seorang pembunuh baharu telah memakai topeng Ghostface dan mula menyasarkan sekumpulan remaja untuk membangkitkan semula rahsia dari masa lalu.

Uncharted (17 Februari 2022)

Genre: Action / Adventure

Pelakon: Tom Holland, Mark Wahlberg, Antonio Banderas, Sophia Taylor Ali, Tati Gabrielle

Seorang pemburu harta karun bernama Nathan Drake, yang keturunan Sir Francis Drake, percaya dia telah menemui lokasi legenda El Dorado, sebuah bandar emas di Amerika Selatan. Dengan bantuan mentornya dan seorang wartawan, dia berusaha untuk membongkar rahsianya sambil bertahan hidup di sebuah pulau yang dipenuhi dengan lanun dan tentera upahan. Apabila musuh misteri menyertai pencarian, ia cepat menjadi pertandingan maut.

The Batman (3 Mac 2022)

Genre: Action / Superhero

Pelakon: Robert Pattinson, Zoe Kravitz, Paul Dano, Jeffrey Wright, John Turturro, Peter Sarsgaard, Jayme Lawson, Andy Serkis, Colin Farrell

Robert Pattinson membintangi watak “Caped Crusader” dalam adaptasi layar perak ini yang diarahkan oleh Matt Reeves, yang memfokuskan kepada Batman yang lebih muda di mana The Riddler bermain teka teki yang berbahaya di Gotham City.

Gila Gusti (17 Mac 2022)

Genre: Action

Pelakon: Syafie Naswip, Elizabeth Tan, Ayez Shaukat, Pekin Ibrahim, Jalaluddin Hassan

Mengisahkan dua orang sahabat, Mamat dan Zul, obses terhadap gusti dan mengidolakan seorang ahli gusti bernama Naga. Apabila Naga tewas dalam perlawanannya dan patah semangat untuk terus bergusti, Mamat dan Zul nekad untuk membantu idola mereka mencari semula semangat yang hilang demi memenangi semua kejuaraan gusti Asia Pasifik.

Everything Everywhere All At Once (24 Mac 2022)

Genre: Action / Adventure / Comedy

Pelakon: Michelle Yeoh, Ke Huy Quan, Stephanie Hsu, Jenny Slate, Harry Shum Jr., James Hong, Jamie Lee Curtis

Pengembaraan aksi sci-fi lucu tentang seorang wanita Cina Amerika yang keletihan. Kehidupan Evelyn Wang benar-benar menjadi kucar-kacir apabila dia tercampak ke pelbagai alam semesta dan realiti alternatif.

Morbius (31 Mac 2022)

Genre: Action / Adventure / Superhero

Pelakon: Jared Leto, Adria Arjona, Matt Smith, Jared Harris, Tyrese Gibson

Ahli biokimia Michael Morbius cuba menyembuhkan dirinya daripada penyakit darah yang amat jarang, tetapi apabila percubaannya gagal, dia secara tidak sengaja menjangkiti dirinya dengan sejenis unsur vampirisme.

The Lost City (7 April 2022)

Pelakon: Sandra Bullock, Channing Tatum, Patti Harrison, Oscar Nunez, Da’Vine Joy Randolph, Daniel Radcliffe, Brad Pitt

Seorang penulis novel romantik (Sandra Bullock) bersama seorang model lelakinya (Channing Tatum) terlibat dalam percubaan penculikan yang secara tidak sengaja membawa mereka ke dalam hutan. Perjalanan ini memaksa mereka untuk percaya bahawa kehidupan boleh menjadi lebih pelik dan romantik berbanding novel fiksyen.

Fantastic Beasts: The Secrets Of Dumbledore (14 April 2022)

Genre: Adventure / Fantasy

Pelakon: Eddie Redmayne, Katherine Waterston, Dan Fogler, Alison Sudol, Ezra Miller, Jude Law, Mads Mikkelsen

Profesor Albus Dumbledore tahu ahli sihir gelap Gellert Grindelwald sudah bergerak untuk menguasai dunia. Tidak dapat menghalangnya seorang diri, dia mempercayakan Newt Scamander untuk mengetuai pasukan ahli sihir yang berani. Mereka tidak lama lagi bertemu dengan pelbagai makhluk lama dan baharu ketika bertembung dengan pengikut Grindelwald yang semakin bertambah.

Sonic The Hedgehog 2 (21 April 2022)

Genre: Action / Adventure / Comedy

Pelakon: James Marsden, Ben Schwartz, Tika Sumpter, Natasha Rothwell, Adam Pally, Shemar Moore, Colleen O’Shaughnessey, Idris Elba, Jim Carrey

Selepas menetap di Green Hills, Sonic tidak sabar untuk membuktikan dia boleh menjadi wira sejati. Ujiannya datang apabila Dr. Robotnik kembali dengan rakan kongsi baharu, Knuckles, untuk mencari zamrud mistik yang mempunyai kuasa untuk memusnahkan tamadun. Sonic bekerjasama dengan rakan karibnya, Tails, dan bersama-sama mereka menjelajah dunia untuk mencari zamrud ini sebelum ia jatuh ke tangan yang salah.

Doctor Strange In The Multiverse Of Madness (4 Mei 2022)

Genre: Action / Fantasy

Pelakon: Benedict Cumberbatch, Elizabeth Olsen, Benedict Wong, Rachel McAdams, Chiwetel Ejiofor, Xochitl Gomez

Doctor Strange menggunakan sihirnya untuk memanipulasi masa dan ruang secara sesuka hati dan tanpa sengaja membuka pintu kepada alam misteri yang dipanggil ‘Multiverse.’ Untuk memulihkan dunia di mana segala-galanya telah berubah, Strange meminta bantuan sekutunya, Sorcerer Supreme Wong dan Scarlet Witch. Lebih mengejutkan, ancaman terbesar kelihatan sama seperti Doctor Strange…

The Assistant (19 May 2022)

Genre: Action / Thriller

Pelakon: Iedil Dzuhrie Alaudin, Hairul Azreen

Menceritakan tentang Zafik (Iedil Dzuhrie) lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang bukan dilakukannya. Selepas hilang segala-galanya, Zafik kemudiannya bertemu dengan Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu tepat. Sepanjang perkenalan mereka berdua, berlaku pelbagai konflik dan pertarungan hebat sehingga ada pertumpahan darah. Adakah Zafik berjaya merungkai motif sebenar Feroz?

DC League Of Super-Pets (19 Mei 2022)

Genre: Animation / Comedy

Pelakon: Dwayne Johnson, Kevin Hart, Kate McKinnon, John Krasinski, Vanessa Bayer, Natasha Lyonne, Diego Luna, Keanu Reeves

Apabila Superman pergi bercuti, anjing peliharaannya Krypto membentuk League of Super-Pets untuk membela orang yang tidak bersalah daripada jenayah yang tidak adil. Saksikan pengembaraan Krypto the Super-Dog, Streaky the Super-Cat dan Ace the Bat-Hound, dan rakan-rakan lain ketika mereka membanteras jenayah.

Jurassic World: Dominion (9 Jun 2022)

Genre: Action / Adventure

Pelakon: Chris Pratt, Bryce Dallas Howard, Sam Neill, Laura Dern, Jeff Goldblum

Filem ini berlatarkan 4 tahun selepas peristiwa Jurassic World: Fallen Kingdom, di mana dinosaur yang terhasil daripada kejuruteraan genetik telah dilelong kepada syarikat di seluruh dunia manakala yang lain dilepaskan di tanah besar A.S. Kisah ini berlaku di seluruh dunia dan menggambarkan bagaimana manusia terus berhadapan dengan spesies dinosaur yang invasif.

Lightyear (16 Jun 2022)

Genre: Action / Adventure / Animation / Science Fiction

Pelakon: Chris Evans

Diarahkan oleh Angus MacLane, filem animasi ini memfokuskan pada Buzz Lightyear daripada siri Toy Story yang digemari. Buzz akan disuarakan oleh Chris Evans ketika filem itu berpusat pada lelaki yang memberi inspirasi kepada watak Buzz Lightyear.

The Black Phone (23 Jun 2022)

Genre: Horror

Pelakon: Ethan Hawke, Jeremy Davies, James Ransone

Finney Shaw yang berusia 13 tahun telah diculik oleh pembunuh sadis lalu ditahan di bilik bawah tanah yang kalis bunyi di mana menjerit tidak berguna. Apabila telefon yang asalnya terputus di dinding mula berdering, Finney mendapati dia boleh mendengar suara mangsa lama, yang cuba membantunya melarikan diri.

Minions: The Rise Of Gru (30 Jun 2022)

Genre: Animation

Pelakon: Steve Carell, Taraji P. Henson, Michelle Yeoh, RZA, Jean-Claude Van Damme, Lucy Lawless, Dolph Lundgren, Danny Trejo, Russell Brand, Julie Andrews, Alan Arkin

Dibesarkan pada tahun 1970-an, Gru ialah peminat Vicious 6, kumpulan orang jahat yang diketuai oleh Wild Knuckles. Apabila kumpulan itu menyingkirkan ketua mereka, Gru memutuskan ini adalah peluangnya untuk menyertai sambil ditemani oleh Minion setianya, Kevin, Stuart, Bob dan Otto. Malangnya untuk Gru, dia gagal menarik perhatian Vicious 6 dan sebaliknya menjadi musuh mereka. Kini Gru tidak mempunyai pilihan lain selain bergantung pada Wild Knuckles untuk menyelamatkan keadaan.

Thor: Love And Thunder (7 Julai 2022)

Genre: Action / Adventure / Fantasy

Pelakon: Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Natalie Portman, Christian Bale, Chris Pratt, Jaimie Alexander, Pom Klementieff, Dave Bautista, Karen Gillan

Merupakan susulan kepada “Thor: Ragnarok” dan berfungsi sebagai ansuran keempat dalam saga “Thor”. Ia menyaksikan Chris Hemsworth kembali sebagai watak Thor, manakala Natalie Portman memainkan semula peranannya sebagai Jane Foster dan juga Mighty Thor.

Spider-Man: Across The Spider-Verse – Part One (6 Oktober 2022)

Genre: Animation

Pelakon: Oscar Isaac, Shameik Moore, Hailee Steinfeld, Jake Johnson, Issa Rae

Miles Morales kembali untuk bab seterusnya dalam saga Spider-Verse, sebuah pengembaraan epik yang membawa Spider-Man merentasi multiverse bersama Gwen Stacy dan pasukan “Spider- Men” baru untuk berhadapan dengan kuasa jahat yang lebih kuat berbanding apa yang pernah mereka temui sebelum ini.

Black Adam (21 Oktober 2022)

Genre: Action / Science Fiction

Pelakon: Dwayne Johnson

Hampir 5,000 tahun selepas dianugerahkan dengan kuasa dari dewa Mesir tetapi dipenjarakan tidak lama kemudian, Black Adam akhirnya dibebaskan dari penjara duniawinya, dan bersedia untuk melepaskan keadilan yang unik di dunia moden.

Black Panther: Wakanda Forever (10 November 2022)

Genre: Action / Adventure / Science Fiction

Pelakon: Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett

Marvel Studios “Black Panther: Wakanda Forever” akan terus meneroka dunia Wakanda dan semua watak yang diperkenalkan dalam filem pertama. Ditulis dan diarahkan oleh Ryan Coogler, yang menguruskan filem “Black Panther” pertama.

Avatar 2 (15 Disember 2022)

Genre: Action / Adventure / Fantasy

Pelakon: Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang, Sigourney Weaver, Michelle Yeoh

Filem sekuel ini berlatarkan beberapa tahun selepas filem pertama dan melihat Jake dan Neytiri sebagai ibu bapa kepada seorang anak perempuan berusia 8 tahun.

Super Mario Bros (22 Disember 2022)

Genre: Animation

Pelakon: Chris Pratt, Anya Taylor-Joy, Charlie Day, Jack Black, Keegan-Michael Key, Seth Rogen, Fred Armisen

Berdasarkan permainan video popular sepanjang zaman, Mario – watak utama dan tukang baiki paip paling terkenal – akan mengembara melalui labirin bawah tanah bersama abangnya Luigi untuk cuba menyelamatkan seorang puteri yang ditangkap.

Aquaman And The Lost Kingdom (Mac 2023)

Genre: Action / Science Fiction

Apabila sejenis kuasa purba dilepaskan, Aquaman mesti menjalin pakatan yang tidak dijangka untuk melindungi Atlantis, dan dunia, daripada kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan.

The Flash (23 Jun 2023)

Genre: Action / Superhero

Pelakon: Ezra Miller, Ben Affleck, Michael Keaton, Sasha Calle, Kiersey Clemons, Maribel Verdú, Ron Livingston

Barry Allen aka The Flash mengembara ke masa lalu untuk menghalang pembunuhan ibunya, tetapi secara tidak sengaja membawa akibat yang besar pada garis masa. Menampilkan pelbagai watak komik DC termasuk Affleck dan Keaton sebagai versi Batman yang berbeza.


Senarai ini akan sentiasa dikemas kini supaya pembaca boleh melihat filem apa yang bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun 2022. Untuk segala liputan kami tentang filem termasuk aksi langsung dan animasi, sila tekan pautan ini.

Sumber – Cinema.com

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2022filemMalaysiamovie
Previous Post

CyberConnect2 akan umumkan Game Terbaru Februari depan!

Next Post

Ini senarai 50 Watak Anime paling Popular menurut MAL!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ini senarai 50 Watak Anime paling Popular menurut MAL!

Ini senarai 50 Watak Anime paling Popular menurut MAL!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd