Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai emulator konsol untuk korang main game lama, memang nostalgia habis!

safwan by safwan
August 6, 2022
in Artikel, Berita, Emulator, Fakta & Trivia, Konsol, Senarai
0 0
0
Senarai emulator  konsol untuk korang main game lama, memang nostalgia habis!
Share on FacebookShare on Twitter

Teringat pula waktu kecil-kecil dulu, semasa bermain game GBA dengan menggunakan emulator. Dulu nak beli PSP dan GBA agak susah, hanya ada PC sahaja. Jadi, minta emulator dan game daripada kawan, balik rumah terus main. Memang syok habis main game GBA dulu-dulu. Kali ini, kami ingin kongsikan senarai emulator konsol yang boleh didapatkan di PC dan Android.

Emulator yang disenaraikan adalah emulator yang boleh memainkan game PlayStation Portable, PlayStation 1, PlayStation 2, PlayStation 3, Nintendo DS, DS Lite, Switch, GameCube, GameBoy Advance dan Wii. Tanpa melengahkan masa lagi, jom saya ceritakan satu per satu.

PPSSPP – PSP

PlayStation Portable Simulator Suitable for Playing Portably atau dikenali sebagai PPSSPP adalah emulator PSP percuma yang boleh memainkan game PSP. Emulator ini boleh didapatkan di PC, Android dan iOS. Bukan itu sahaja, emulator PSP ini sudah boleh dimainkan dengan resolusi HD untuk anda dapatkan pengalaman yang lebih menarik.

ePSXe – PS 1

Kalau korang nak main game PlayStation 1, Enhanced PSX emulator atau dikenali sebagai ePSXe adalah emulator yang boleh digunakan. Ia telah dilancarkan pada 14 Oktober 2000 dan telah tersedia di PC dan Android.

PCSX2 – PS2

PCSX2 adalah emulator percuma yang boleh memainkan hampir kesemua game PlayStation 2 (PS2) di PC. Dengan menggunakan emulator ini, anda akan dapat mengalami pengalaman yang hampir sama seperti bermain di PS2 kerana gabungan teknologi yang digunakan adalah “MIPS CPU Interpreters, Recompilers” dan “Virtual Machine.”

RPCS3 – PS3

Dikeluarkan pada 23 Mei 2011, ia adalah emulator PS3 yang membenarkan anda bermain game PS3 di PC. Setakat 24 Mei 2022, sebanyak 2207 game yang boleh dimainkan. Jadi, anda boleh bermain hampir semua game PS3 dengan emulator ini.

Dolphin – GameCube & Wii

Ia telah dikeluarkan pada 22 September 2003 untuk memainkan game daripada Wii dan GameCube di PC dan Android. Pada mulanya, ia dibangunkan untuk memainkan game GameCube sahaja. Kemudiannya, emulator Dolphin ini dapat menyokong game Wii.

NO$GBA – GameBoy Advance

Ia adalah emulator untuk memainkan game Nintendo DS, DS Lite dan GameBoy Advance. Ia boleh didapatkan di PC secara percuma. Disebut dengan “No Cash GBA”, anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk bermain game GBA dan hanya memerlukan PC sahaja.

DeSmuME – Nintendo DS

Didaftarkan pada 5 April 2006, ia adalah emulator untuk memainkan game Nintendo DS di PC. Selepasnya wujud DeSmuME, RetroArch dan OpenEmu Nintendo DS juga telah dikeluarkan untuk kegunaan sebagai emulator Nintendo DS mobile.

Citra – Nintendo 3DS

Dibangunkan oleh pasukan Citra, ia telah dikeluarkan pada bulan April 2014. Citra adalah emulator yang boleh bermain game Nintendo 3DS di PC dan Android.

Yuzu – Nintendo Switch

Yuzu dibangunkan oleh pasukan yang sama bangunkan Citra iaitu pasukan Citra. Ia telah dikeluarkan pada 14 Januari 2018. Ia adalah emulator yang digunakan untuk bermain game daripada Nintendo Switch. Buat masa sekarang, ia hanya terdapat di PC sahaja dan masih tiada di Android.


Setakat ini, itu sahaja yang boleh kami kongsikan tentang emulator konsol yang boleh korang pakai untuk main game lama. Korang ada lagi ke yang main game zaman PS2 hingga PS3? Kalau ada, cuba korang komen sikit game apa yang dimainkan sehingga kini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CitraDeSmuMEDolphinemulatorePSXeNO$GBAPCSX2PPSSPPRPCS3Yuzu
Previous Post

Lepas 2 Tahun Batal, Comic Fiesta Kembali, Akan Diadakan Pada 17 & 18 Disember 2022!

Next Post

Malaysia menang 2 pingat emas dalam E-Sukan Komanwel – DOTA 2 & eFootball

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Malaysia menang 2 pingat emas dalam E-Sukan Komanwel – DOTA 2 & eFootball

Malaysia menang 2 pingat emas dalam E-Sukan Komanwel - DOTA 2 & eFootball

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd