Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sempena ALIEN DAY, game mobile ALIEN: BLACKOUT kini percuma untuk muat turun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 27, 2020
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Sempena ALIEN DAY, game mobile ALIEN: BLACKOUT kini percuma untuk muat turun!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Alien Day, game mobile Alien: Blackout oleh D3 Go! kini percuma untuk masa yang sangat terhad. Jika anda tidak tahu, Alien: Blackout adalah game spinoff Alien: Isolation yang mengikuti Amanda Ripley, anak perempuan kepada Ellen Ripley, dan krewnya ketika mereka cuba melarikan diri daripada Xenomorph yang merupakan antagonis di filem Alien. Alien Blackout kini tersedia secara percuma untuk peranti iOS, Android, dan Amazon.

Still haven’t tested your skills to outsmart the Xenomorph in Alien: Blackout? Get the mobile game for FREE today (April 26) in celebration of Alien Day! Available on the App Store and Google Play now: https://t.co/3BNokVdPBM #AlienDay2020 pic.twitter.com/FJ57PmnfiL

— Alien: Blackout (@AlienBlackout) April 26, 2020

Dilancarkan awal tahun lepas, Blackout menjadi berita besar selepas ramai orang berfikir ia adalah sekuel kepada Alien: Isolation. Sebaliknya, Blackout diumumkan sebagai game spinoff untuk mobile di mana pemain menggunakan peta holografik dan cuba untuk melepaskan diri daripada makhluk asing di atas stesen angkasa rosak bernama Weyland-Yutani.

Alien Day pula adalah perayaan pada 26 April (4/26) yang mengambil tarikhnya daripada planet asal Xenomorphs di mana ia dipanggil LV-426. Pelbagai pengumuman dan pendedahan rasmi tentang siri Alien akan berlaku pada tarikh ini. Sebagai contoh, pada tahun 2017, prolog bagi Alien: Covenant telah dikongsikan pada Alien Day.

Rumusan rasmi oleh D3 Go!:

“Kengerian Alien dihidupkan semula di Alien: Blackout. Cuba bertahan hidup di stesen angkasa Weyland-Yutani yang rosak di mana seekor Xenomorph akan memburu anda dan kru tanpa henti. Kalahkan raksasa ini dengan membuat pilihan yang berbahaya. Pemain mesti bergantung pada kawalan stesen angkasa yang rosak atau berisiko mengorbankan anak kapal untuk mengelakkan diri daripada mati.”

MUAT TURUN DI SINI!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: alienAlien DayAlien: BlackoutD3 Go!MobileXenomorphs
Previous Post

Map RUST Call of Duty: Mobile dah pasti akan hadir dalam kemaskini minggu ini!

Next Post

Hybrid Wars – Full Package bernilai hanya RM3.50 di STEAM! Game top-down mecha shooter padu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Hybrid Wars – Full Package bernilai hanya RM3.50 di STEAM! Game top-down mecha shooter padu!

Hybrid Wars - Full Package bernilai hanya RM3.50 di STEAM! Game top-down mecha shooter padu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd