Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas 20 tahun, Brigandine: The Legend of Runersia akan datang secara eksklusif ke Nintendo Switch pada 25 JUN!

Jalan cerita & ciri-ciri baru ditambah ke siri yang sangat ikonik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2020
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Selepas 20 tahun, Brigandine: The Legend of Runersia akan datang secara eksklusif ke Nintendo Switch pada 25 JUN!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat permainan video Jepun, Happinet, mengumumkan bahawa Brigandine: The Legend of Runersia akan dilancarkan secara ekslusif untuk pelantar Nintendo Switch pada 25 Jun di seluruh dunia. Selain itu, Happinet juga mengumumkan kerjasama bersama Limited Run Games untuk keluaran versi fizikal permainan video tersebut. Maklumat lanjut seperti harga dan di mana untuk edisi fizikal akan didedahkan tidak lama lagi oleh Limited Run Games.

Siri klasik Brigandine kembali selepas 20 tahun dengan permainan turn-based strategy baru yang berlangsung dunia fantasi yang saya pasti ramai peminat JRPG kenal. Antara veteran yang menjayakan projek ini termasuk penulis senario, Kenji Terada (Batman: Dark Tomorrow, FINAL FANTASY I-III) pengarah seni dan pereka watak, Raita Kazama (Puzzle & Dragons, Xenoblade Chronicles), dan komposer Tenpei Sato (Brigandine: Grand Edition, Disgaea 1-5).

Jom kita tonton video di bawah:

Latar belakang:

Runersia adalah sebuah benua yang dicipta oleh Rune God. Pada zaman dahulu, lima Mana Stone tercipta di benua ini dan ia diturun-menurun dalam sejarah bersama dengan pembangkitan negara-negara manusia. Akhirnya, Mana Stone dilengkapkan pada peralatan istimewa Brigandine untuk menghasilkan Rune Knights – individu istimewa yang boleh menggunakan kuasa mana dan Mana Stone yang tertanam dalam perisai mereka bagi melancarkan abiliti atau sihir khas serta menyeru dan mengawal raksasa purba.

Enam negara Brigandine di Runersia, masing-masing dengan kepercayaan, sejarah, dan matlamat yang bercanggah, dibahagikan kepada Brigandines of Justice, Glory, Freedom, Sanctity, dan Ego. Malangnya, negara keenam wujud tanpa bantuan Brigandine. Matlamat anda adalah untuk memenangi setiap pertarungan dan mengembangkan pengaruh negara anda sehingga seluruh benua Runersia diambil alih oleh pemain.

Gameplay:

Menampilkan aspek permainan menakluk dunia dalam genre turn-based strategy, Brigandine: The Legend of Runersia menawarkan gameplay yang imersif dalam jalan cerita baru ini. Pemain akan memilih salah satu dari enam negara untuk memerintah dan tujuan utama anda adalah untuk menakluk Runersia, dan mengetuai lebih daripada 100 Rune Knight! Rune Knight ini akan dibawa ke dalam pertarungan bersama raksasa mitik seperti naga, ghoul, dan fairy. Pertarungan ini berlaku dalam peta heksagon di mana pemain harus mahirkan sistem peperangan turn-based dan menyingkir musuh.

Untuk maklumat lanjut mengenai jalan cerita, mekanik, dan pembangunan permainan video ini, sila lawat laman web rasmi: Brigandine: The Legend of Runersia atau ikuti perkembangan terbaru mereka di akaun rasmi Twitter.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BrigandineBrigandine: The Legend of RunersiaHappinetnintendo switchturn-based strategy
Previous Post

Shadow of the Colossus dan Sonic Forces adalah Percuma bulan Mac ini di PS Plus!

Next Post

Cuba Predator: Hunting Grounds secara PERCUMA di PS4 atau PC pada 27 MAC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Cuba Predator: Hunting Grounds secara PERCUMA di PS4 atau PC pada 27 MAC!

Cuba Predator: Hunting Grounds secara PERCUMA di PS4 atau PC pada 27 MAC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd