Aya Hirano, pelakon suara atau seiyuu terkenal dengan watak Haruhi Suzumiya daripada siri The Melancholy of Haruhi Suzumiya masih bercakap tentang ugutan bunuh yang dia terima. Walaupun sudah hampir 10 tahun, dia masih menerima ugutan daripada komuniti anime.

Mengikut sumber, ahli fanbase anime Melancholy of Haruhi Suzumiya mula menyasar Hirano pada tahun 2010 selepas skandal mengenai hubungannya dengan salah seorang lelaki daripada kumpulannya. Komuniti anime juga menyerang Hirano selepas dia bercakap secara terbuka tentang ciri-ciri lelaki pilihannya.
Ancaman itu berterusan walaupun selepas Hirano perlahan-lahan mula meninggalkan bidang lakonan suara kerana ingin fokus kepada produksi pentas dan akhirnya, dia berjaya menangkap satu individu lelaki yang membuat ugutan tersebut pada Mei 2011.

Walaupun Hirano tidak lagi menjadikan lakonan suara sebagai kerjaya utamanya, dia masih mengambil perkerjaan mengenai anime sekali-sekala. Antara watak yang dia lakonkan baru-baru ini adalah seperti Okachimachi dari siri Akiba Maid War, Dende dari filem Dragon Ball Super: Super Hero, Imai Nobume dari Gintama: the Final dan Popuko dalam episod 1 dan episod 12 Pop Team Epic Season2.
Aya Hirano baru-baru ini telah membuat posting melalui Twitternya untuk menangani ancaman yang dia terima dalam komuniti anime, meyakinkan peminat bahawa dia masih selamat dan dia mengaku dia masih tetapi tetap akan mengambil kerja mengenai anime. Anda boleh tengok tweet Hirano di bawah:
“Ia membuatkan saya takut dan tidak mahu terlibat dalam dunia seperti itu, tetapi saya meneruskannya kerana saya hanya mahu menumpukan tenaga saya untuk melakukan yang terbaik dengan watak saya. Jadi, adakah ada masih berkata, “salah awak kerana berlagak dengan otaku”? Saya boleh menyelesaikan isu ini dengan berhenti daripada dunia anime, tetapi saya rasa itu hanya akan membuatkan saya lari daripada masalah. Itulah sebabnya saya membuat posting ini.
Untuk pengetahuan anda, Aya Hirano telah memulakan karier lakonan suaranya sejak 2001 sebagai Saru no Momo daripada siri komedi romantik Angel Tales, Sejak itu, dia telah menyuarakan beberapa watak ikonik selain Haruhi Suzumiya, termasuk Konata Izumi dari Lucky Star, Lucy Heartfillia dari Fairy Tail dan Imai Nobume dari Gintama.

Apa pendapat anda tentang situasi Aya Hirano ini, adakah patut untuk dia berhenti daripada melakukan kerja berkenaan dengan anime? Bagaimana pula dengan orang-orang yang membuat ugutan bunuh ke atas seiyuu Haruhi Suzumiya ini? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Kami juga berharap agar mereka akan ditangkap secepat mungkin demi keselamatan Hirano.
Untuk membaca liputan lain mengenai seiyuu atau pelakon suara, anda boleh tekan pautan di sini.
Sumber: animenewsnetwork
@gamersantaimy
Discussion about this post