Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Selamat tinggal Kagura” – Seorang lagi watak mati dalam Boruto

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 25, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
“Selamat tinggal Kagura” – Seorang lagi watak mati dalam Boruto
0
SHARES
688
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, siri Boruto memang terkenal kerana membunuh watak-watak kegemaran tanpa belas kasihan dan ini terbukti dengan kematian Kurama, Boruto (ehem ehem), dan lain-lain. Malangnya, seorang lagi watak telah mati dalam episod terbaru anime. Watak itu bernama Kagura dan dia adalah salah satu kawan rapat Boruto dan seseorang individu yang mempunyai masa depan cerah.

Biar saya jelaskan dengan lebih terperinci:

Episod 245 tamat secara cliffhanger di mana Kagura ditusuk oleh Funamushi (antara antagonis dalam Great Sea Battle of Kirigakure Arc) semasa membuat misi di Land of Mist bersama Team 7 (Boruto, Sarada, Mitsuki, Kawaki) dan Team 5 (Metal Lee, Denki and Iwabee). Seperti biasa, ramai peminat tidak sabar untuk tahu keadaan Kagura dan jika dia terselamat.

Ternyata dalam episod 246, kecederaan Kagura amat serius dan tidak dapat disembuhkan oleh Sarada. Dalam saat-saat terakhirnya, Kagura mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan rapat dan semua ahli “New Seven Ninja Swordsmen” termasuk Hebiichigo atas bantuan mereka. Di penghujung, Kagura membuat satu permintaan terakhir kepada Boruto iaitu meminta dia dan rakan-rakan untuk melindungi kampung.

Selepas menyatakan hasratnya Kagura meninggal dunia dengan senyuman di muka. Kagura kemudian dikebumikan di pokok yang dia menghabiskan banyak masa berlatih semasa kecil.

Siapakah Kagura?

Karatachi Kagura merupakan cucu Yagura, jinchuriki kepada Three Tails dan Mizukage ke-4. Untuk sebab-sebab rumit, dia dipindahkan ke sebuah kampung kecil di luar Kirigakure dan menghabiskan majoriti masa berlatih kenjutsu di sebelah pokok (tempat dia dikebumikan nanti), atau membuat kacau di kampung,

13 tahun selepas Perang Dunia Shinobi Ke-4, Kagura dinaikkan pangkat kepada Chunin dan menjadi pembantu Chojuro aka Mizukage ke-6. Disebabkan prestasinya yang bagus, Chojuro menawarkan peluang kepada Kagura untuk menggantikannya sebagai Mizukage, tetapi tawaran ini ditolak.

Kemudian, Chojuro membuat keputusan untuk menjadikan Kagura sebagai salah satu daripada “Seven Ninja Swordsmen of the Mist” dan memintanya mewarisi pedang Hiramekarei. Dengan niat untuk mengubah Kirigakure kepada sebuah kampung yang boleh menyaingi Konohagakure, Kagura menjadi warden penjara supaya dapat mengasuh orang ramai dengan kasih sayang. Ini kemudian menjadi permulaan kepada Great Sea Battle of Kirigakure Arc.


Kematian Kagura sebenarnya agak memeranjatkan memandangkan siri Naruto dan Boruto suka memalsukan kematian. Walaupun ada begitu banyak potensi dan ruang untuk berkembang, saya pun terkejut melihat mereka “memadamkan” watak ini. Kini, Boruto terpaksa meratapi kehilangan seorang kawan baik, dan itu pasti akan menjadi sumber motivasi untuk dirinya pada masa depan.

Apa pendapat anda tentang kematian Kagura? Kongsi pendapat korang dengan saya di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Sumber: Narutopedia

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutokaguramati
Previous Post

[Review] MLB The Show 22 – Umpama update daripada game baharu

Next Post

Preview agen Valorant: Fade yang diselubungi mimpi ngeri

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Preview agen Valorant: Fade yang diselubungi mimpi ngeri

Preview agen Valorant: Fade yang diselubungi mimpi ngeri

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd