Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One) akan keluar Oktober 2022 di Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2021
in Animasi, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Sekuel Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One) akan keluar Oktober 2022 di Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas sekian lama tanpa berita baru, akhirnya Sony mengumumkan bukan satu tetapi dua filem Spider-Verse akan datang! Diberi nama Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One), sekuel animasi ini akan keluar pada Oktober 2022 di Malaysia, manakala Part Two akan keluar pada tahun berikutnya. Filem ini diarahkan oleh Joaquim Dos Santos, Kemp Powers dan Justin K. Thompson, krew sama di sebalik Into the Spider-Verse.

Bersama pendedahan ini adalah teaser trailer yang menunjukkan pertemuan Miles Morales (Shameik Moore) dan Gwen Stacy (Hailee Steinfeld), sebelum mereka dilancarkan ke dalam Multiverse lalu bertemu dengan Spider-Man 2099 aka Miguel O’Hara (Oscar Isaac). Memandangkan kita dapat bertemu pelbagai jenis Spider-Man di filem pertama, sinopsis rasmi juga menjanjikan bahawa Miles akan berkenalan dengan beberapa “Spidey” unik.

Image

Miles Morales returns for the next chapter of the Oscar®-winning Spider-Verse saga, an epic adventure that will transport Brooklyn’s full-time, friendly neighborhood Spider-Man across the Multiverse to join forces with Gwen Stacy and a new team of Spider-People to face off with a villain more powerful than anything they have ever encountered.

Image

Teaser juga menunjukkan sekurang-kurangnya dua dimensi baru, walaupun tidak dipamerkan secara mendalam. Lokasi pertama yang saya nampak sangat menyerupai negara India, dan ini mungkin adalah petunjuk kepada universe milik Pavitr Prabhakar -Spider-Man dari India. Yang kedua adalah Nueva York (New York versi futuristik) yang dihuni oleh Miguel O’Hara aka Spider-Man 2099.

Image

Pada masa yang sama, dua watak Spidery “baru” telah disahkan akan muncul dalam sekuel Spider-Verse. Ini termasuk Spider-Woman aka Jessica Drew (Issa Rae) dan Spider-Man Jepun versi siri tokusatsu aka Takuya Yamashiro yang melawan raksasa dalam robot gergasi bernama Leopardon. Masih tidak jelas berapa banyak lagi yang akan muncul dalam filem tetapi sekurang-kurangnya kita tahu bila ia akan keluar.

Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One) akan keluar di pawagam pada Oktober 2022 di Malaysia manakala Part Two akan keluar tahun berikutnya. Untuk segala liputan kami tentang Spider-Man, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemmovieSpider-ManSpider-Man: Across the Spider-Verse
Previous Post

Kes lanun berulang! GSC dan ODEX perlukan bantuan!

Next Post

MSI mengumumkan laptop gaming AMD dengan GPU Radeon RX 6000M! Beli satu, dapat game free!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
MSI mengumumkan laptop gaming AMD dengan GPU Radeon RX 6000M! Beli satu, dapat game free!

MSI mengumumkan laptop gaming AMD dengan GPU Radeon RX 6000M! Beli satu, dapat game free!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd