Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2” Rasmi Diumumkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
Sekuel “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2” Rasmi Diumumkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Aniplex secara rasmi telah mengumumkan sekuel, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2, yang didedahkan dalam edisi terbaru Weekly Jump.

Walaupun platform dan tarikh pelancaran masih dirahsiakan, ia disahkan bahawa game ini boleh dimainkan di Jump Festa 2025, yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 22 Disember di Makuhari Messe di Chiba, Jepun.

Kredit: SEGA

Sekuel ini akan meneruskan kisah dari game pertama, merangkumi babak-babak utama dalam saga Demon Slayer.

Pemain bakal menghidupkan kembali Entertainment District Arc, di mana Tanjiro dan rakan-rakannya bertarung dengan demons Upper Rank kuat, Daki dan Gyutaro, lalu diteruskan hingga ke Hashira Training Arc, yang memaparkan Demon Slayer Corps bersiap sedia untuk pertarungan terakhir dengan Muzan Kibutsuji.

Kredit: SEGA

Game pertama Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles, walaupun bukan yang terbaik, masih memikat hati peminat di seluruh dunia dengan adaptasi ceritanya yang setia, mekanik pertempuran yang dinamik, dan animasi yang memukau mata. Bagi yang berminat, game ini tersedia di PS5, Xbox Series, PS4, Xbox One, Switch, dan PC melalui Steam.

Untuk sekuel ini, pemain boleh menjangkakan pengalaman gameplay yang lebih hebat, senarai watak yang lebih banyak, dan momen ikonik dari siri ini yang dihidupkan dalam visual yang tiada tandingan.

Kredit: SEGA

Seperti saya kata tadi, peminat dapat mencuba game ini buat kali pertama di Jump Festa 2025, yang memberikan pandangan awal terhadap gameplay dan ciri-ciri The Hinokami Chronicles 2.

Setakat ini, kita hanya mampu menunggu maklumat lanjut mengenai gameplay, platform dan tarikh pelancaran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Muat Turun Infinity Nikki Sekarang – Kini Tersedia Di Mobile, PC & PS!

Next Post

Apple Arcade Tambah 8 Game Baru Pada Disember Ini Termasuk Final Fantasy IV 3D Remake!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Apple Arcade Tambah 8 Game Baru Pada Disember Ini Termasuk Final Fantasy IV 3D Remake!

Apple Arcade Tambah 8 Game Baru Pada Disember Ini Termasuk Final Fantasy IV 3D Remake!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd