Developer From Software terus senyap dan hilang daripada radar sejak daripada keluaran Bloodborne pada tahun 2015 dan Dark Souls III pada tahun 2016, . Sekuel untuk siri Souls pula kelihatan tidak mungkin terjadi kerana ramalan orang ramai menjangka studio From Software sedang membikin susulan untuk siri Bloodborne. Ternyata kita salah, dan kedua-dua ini bukan projek yang sedang diusahakan oleh direktor Hidetaka Miyazaki.

Sebaliknya, studio itu berganding bahu dengan Activision untuk mencipta Sekiro: Shadows Die Twice. Mengambil elemen daripada genre siri Souls tanpa mengikut formatnya, Sekiro ialah satu game aksi kejam yang penuh adrenalin dan pada masa yang sama melambangkan tahap benchmark seterusnya untuk From Software serta bakal menjadi antara game terhebat pernah dicipta oleh studio itu. Kita pernah membuat liputan hands on tentang Sekiro sebelum ini tetapi ini ialah update tentang segalanya yang kita tahu tentang Sekiro: Shadows Die Twice kini.
Jalan Cerita dan Persekitaran
Daripada bertarung di dunia fantasi seperti Bloodborne atau siri Souls, Sekiro: Shadow Die Twice berlangsung di abad ke-16 Sengoku Jepun, tempoh yang dibelenggu dengan peperangan. Sebagai “one-armed wolf,” Sekiro telah berjanji untuk melindungi seorang pewaris putera kepada keturunan lama, tetapi akhirnya gagal untuk menyelamatkan beliau daripada diculik. Dengan klan Ashina yang mengancam nyawa anda, anda harus selamatkan Tuan Putera tersebut.
Nama “One-Armed Wolf” berpunca daripada Sekiro yang kehilangan tangannya ketika bertempur dengan seorang samurai ketika penculikan itu berlaku, tetapi diganti dengan tangan prostetik yang memberi akses kepada pelbagai alat dan kebolehan.
Walaupun berlaku di Jepun, Sekiro: Shadows Die Twice sangat jauh daripada menjadi game yang realistik. Sebaliknya, ia mencampur elemen fantasi kepada latar belakarang sebenar yang bersejarah. Selepas mencuba game ini, kebanyakan musuh yang kami akan lawan terdiri daripada manusia dan raksasa, konsep yang sama seperi game Nioh. Antara raksasa yang bakal anda jumpa ialah seekor raksasa Ogre gergasi yang mampu mengahncurkan manusia di bawak tapak kakinya dan seekor ular gergasi yang pantas dan menyapu kami dengan serangan ekornya.
Sekiro sendiri pun supernatural juga, dan ini adalah referens kepada tajuk Shadows Die Twice. Apabila Sekiro mati, beliau boleh menghidupkan diri sendiri dan sambung bertarung. Satu lokasi penting yang kita tahu ialah Dilapidated Temple, yang akan jadi sebagai hub region di dalam Sekiro – sama seperti Hunter’s Dream di Bloodborne atau Firelink Shrine di Dark Souls. Kita akan pergi ke lokasi ini untuk meningkatkan kebolehan Sekiro, menambah baik alat senjata prostetik seperti Shuriken, Flame Vent, Axe, Firecracker dan Spear serta meningkatkan penggunaan Healing Gourd (item yang memulihkan nyawa kita) dengan menggunakan Gourd Seeds.
Anda boleh mengembara di pelbagai lokasi seperi Dilapidated Temple dengan menggunakan Sculptor’s Idol, yang menjadikan perjalanan anda lagi senang dan mudah. Sculptor’s Idol yang terakhir anda guna akan menjadi checkpoint. Jadi jika pemain mati, pemain boleh mula daripada situ kembali.
Cara Permainan
Sekiro: Shadows Die Twice masih dianggapi sebagai suatu game reaction-based dan game yang susah nak mampus daripada From Software, tetapi ada lebih banyak pilihan untuk pemain guna kali ini. Pemain boleh lompat sini-sana untuk memudahkan pemain capai halangan yang lebih tinggi dan membunuh musuh daripada atas.
Game ini juga mempunyai stealth mechanic iaitu kebolehan untuk menangkap musuh daripada satu sudut sembunyi dan membunuh mereka dengan senyap tanpa musuh yang lain sedar. Sama seperti siri game Hitman, pemain boleh menyembunyi berhampiran dengan musuh dan dengar perbualan mereka. Kemungkinan, musuh akan memberi klu atau rahsia yang akan bantu dalam misi anda seperti jalan keluar bersembunyi atau cara menumpaskan musuh.
Jauh daripada karya From Software yang lain, Sekiro: Shadows Die Twice bukan game berunsur role-playing. Pemain tidak boleh customize gear atau mengagihkan point kepada statistik Sekiro. Pemain harus penuhkan satu experience bar sambil menjelajah kawasan atau membunuh musuh, lalu pemain akan diberi skill point untuk digunakan pada Skill Tree setiap kali bar itu penuh.
Skill Tree itu dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu Latent Abilities yang fokus kepada teknik stealth, Combat Arts yang fokus kepada pertempuran dan serangan pedang dan Shinobi Martial Arts yang fokus kepada kebolehan skill ninja dan serangan alat tangan prostetik. Antara kebolehan yang pemain dapat buka ialah Passive Skills. Efek Passive Skills sentiasa dibuka dan tidak perlu tekan sebarang input. Kebolehan lain Sekiro pula digelar Active Skills atau Combat Arms or Techniques, yang pemain harus aktifkan dengan menekan L1 + R1. Pemain hanya boleh equip beberapa jumlah skill ini pada satu masa sahaja.
Pemain boleh menggunakan Skill Points untuk meningkatkan kebolehan Sekiro hanya ketika berehat di Sculptor’s Idol. Sculptor’s Idol ini merata di dunia game Sekiro, jadi senang lah untuk cari dan meningkat kebolehan beliau.
Satu lagi perkara yang penting ialah untuk mencari kesemua alatan untuk tangan prostetik Sekiro. Ini penting untuk menang ketika bertarung walaupun pemain sedang bertarung dengan musuh yang senang. Seekor raksasa di dalam game ini menggunakan satu perisai kayu yang besar dan perisai itu kebal terhadap semua serangan katana Sekiro. Pertarungan ini boleh dimenangi jika alat kapak yang dipasang di tangan prostetik Sekiro membelah perisai itu menjadi dua, lantas membuat musuh terdedah kepada serangan kami.
Senjata
Untuk maju di dalam Sekiro: Shadows Die Twice, pemain harus meningkatkan kebolehan watak berbanding daripada mencari atau menempa senjata yang lebih bagus. Senjata utama di dalam game ini ialah katana. Katana utama dipanggil Kusabimaru dan senjata ini tidak boleh di-upgrade, tetapi boleh ditambah baik dengan Prosthetic Tool jika pemain dapat mengumpul item yang perlu. Katana kedua pula dipanggil Fushigiri dan mempunyai kaitan dengan Tuan Putera yang diculik. Pedang ini digunakan untuk memberi Deathblow terakhir kepada boss-boss yang dikalahkan oleh Sekiro. Deathblow istimewa ini dipanggil Shinobi Execution. Deathblow pula membolehkan pemain untuk mencederakan musuh secara fatal, membuat mereka mati serta merta. Ini sering berlaku apabila Posture musuh telah habis, atau bila anda serang hendap musuh.
Tangan prostetik yang pemain terima pada permulaan game ini ialah alat yang penting untuk menjelajah, bertarung atau mengambil kesempatan ke atas musuh. Ia boleh berfungsi sebagai grappling hook, pedang pendek selain daripada katana, ataupun flamethrower. Bergantung kepada keadaan atau situasi, alat ini digunakan bersama katana yang watak pegang di tangan sebelah. Pemain harus menukar jenis alat yang digunakan pada alat tangan protetik mengikut jenis musuh dan situasi pertarungan. Pemain boleh musnahkan perisai dengan Loaded Axe, pemain boleh menarik msuh dengan Loaded Spear, Shuriken dan Firecracker pula boleh stun musuh.
Sistem Pertempuran
Pemain masih akan mengunnakan konsep lama daripada siri Souls iaitu mengelak dan menyerang musuh apabila ada peluang tetapi flow dalam sistem pertempuran ini berbeza. Pemain bukan sahaja harus mencederakan musuh, malah harus merendahkan Posture Bar ( satu bar istimewa yang jika habis, watak terdedah kepada segala jenis serangan) musuh untuk peluang mengenakan satu serangan kuat.
Musuh pun boleh menjatuhkan Posture Bar milik pemain dan buat perkara yang sama juga. Jadi pemain harus ingat tentang perkara ini ketika merancang serangan. Pemain mempunyai Health Bar yang ditayang di bawah kiri skrin, dan pemain boleh menggunakan healing item untuk menjaga heatlh bar tersebut. Kadangkala, musuh akan mengeluarkan serangan yang tidak boleh dihalang. Syukurlah kerana serangan ini boleh dielak atau di-counter. Jika anda salah jangka serangan ini, memang separuh lah nyawa korang semua.
Apabila menghadapi musuh lemah, satu killing blow sahaja yang pemain perlu untuk menamatkan pertarungan. Tetapi apabila menghadapi beberapa jenis musuh lain termasuk mid-boss, memang memerlukan lebih daripada satu. Untuk penget.huan anda, Samurai General memerlukan dua serangan killing blow. Boss memiliki nyawa yag lagi banyak berbanding anak-anaknya dan mereka juga mempunyai health bar dan posture bar yang tersendiri.
Satu je niat musuh di dalam game ini – untuk membunuh pemain. Masa inilah death mechanic untuk Sekiro sangat berfungsi. Pemain dibenarkan untuk hidup sekali lagi selepas mati, untuk meneruskan perjuangan. Kalau game lain oleh From Software, memang tak ada hidup-hidup lagi. Jika pemain mati sekali lagi, barulah pemain dihantar pulang ke Sculptor’s Idol yang terakhir dikunjung untuk mengulangi game ini. Mechanic ini akan banyak bantu pemain untuk memperoleh kemenangan pada saat-saat genting ketika lawan beberapa boss tertentu. Jika pemain berjaya sampai ke Sculptor’s Idol atau melakukan Shinobi Death Blow ke atas musuh, death mechanic Sekiro akan diisi semula.
Kesimpulan
Sekiro: Shadows Die Twice telah berjaya mengubah formula From Software kepada suatu stealth action-adventure yang bergaya tetapi masih mengutamakan ketepatan dan skill di dalam pertempuran. Sekiro berada di antara dua kombinasi hebat yang berkisarkan stealth dan melee combat untuk bertentangan ugutan musuh di bumi atau supernatural. Senjata dan alatannya yang fleksibel dan imaginatif bantu menyokong pengalaman bermain. Situasi gameplay ini berjaya mengasingkan diri daripada game Dark Souls dan seumpamanya tanpa menghilangkan aura misteri game ini. Sekiro ialah satu perubahan yang hebat daripada formula yang terkenal dan Sekiro memang boleh berdiri sama megah bersama mantannya. Sekiro: Shadows Die Twice dikeluarkan untuk Xbox One, PlayStation 4, and PC bermula 22 haribulan Mac. Tunggu apa lagi? Jom selami jiwa shinobi Sekiro!
@gamersantaimy
The Review
Sekiro: Shadows Die Twice
Sekiro: Shadows Die Twice ialah satu stealth-action yang berjaya mengubah konsep dan fomrula From SOftwarei kepada satu arah yag berbzea tapi masih seronok. Game ini mungkin lebih mudah daripada siri Souls,tetapi game nya tetap GEMPAK!
PROS
- Sistem pertempuran baru dan seronok.
- Rekaan persekitaraan yang lawa dan teliti yang memberi semangat kepada pemain untuk mengembara.
- Stealh mechanic yang kemas dan meminta pemain untuk melihat dan merancang strategi.
CONS
- Pergerakan musuh yang tidak konsisten semasa mereka sedar akan kehadiran pemain.
- Nak cakap apa lagi. Game in tetap kejam.
Discussion about this post