Makin hari makin padu dan makin terkenal nama studio Malaysia yang telah dikenali ramai ini, ya sekali lagi Lemon Sky Studios telah terlibat dalam pembuatan semula permainan popular dari tahun 2009 yang dibawa ke PS5 iaitu Demon’s Soul!
Lemon Sky Studios telah membuat pengumuman rasmi mereka melalui laman sosial mereka atas penglibatan pembangunan permainan ini sebentar tadi.
Dari satu generasi konsol ke generasi berikutnya, kami gembira dapat berkongsi penglibatan kami dengan Demon’s Souls di PS5!
Sebelum ini terlibat dengan siri Bloodborne dan iterasi siri Dark Souls di PS3 dan PS4, kami selalu menikmati melibatkan diri dalam reka bentuk dan tema permainan yang menghantui ini. Dengan projek ini, mendapat peluang untuk meneroka kemungkinan teknologi konsol generasi seterusnya sambil membuat semula klasik yang dikasihi menjadikan segalanya lebih berkesan!
Terima kasih banyak kepada Sony Interactive Entertainment kerana membawa kami bekerja dalam Demon’s Souls! Kami berharap pemain di seluruh dunia yang cukup bernasib baik untuk mendapatkan PS5 akan menikmati selaman langsung ke tajuk pelancaran yang luar biasa ini!
#lemonsky #makegoodart #demonssouls
Wakil Lemon Sky Studios yang terlibat;
Wong Cheng Fei | Ken Foong |
Kevin Lai | Yumi Aizawa |
Robin Koh | Loo Hon Gene |
Lim Taw Huai | Leow Wei Seng |
Xerlax Goh | Ang Jun Jie |
Brandon Yeo | Fatima Malik |
Cheong Sean Hui | Barret Lim |
Paul Wang | Lim Kang Yong |
Yap Jin Yang | Yap Wai Hoong |
Wong Chi Wen | Lim Bon E |
Ray Chung | Brian Loh |
Lemon Sky Studios mempunyai sejarah tersusun dalam bekerja dengan permainan Triple A, menghasilkan aset berkualiti tinggi untuk permainan yang dihantar ke peringkat antarabangsa. Sebelum Demon’s Souls Remastered, studio ini juga bekerja di bawah penglibatan pembangunan permainan projek Final Fantasy VII Remake dan RE: Resistance serta The Last of Us Part II!
Sebelum ini juga Lemon Sky Studios telah mengongsikan penghasilan permainan Triple-A dengan mengatakan mengenai membina kepercayaan dengan pelanggan di Level Up KL 2020!
Maka sekali lagi kami ingin mengucapkan tahniah kepada Lemon Sky Studios kerana mengharumkan nama Malaysia dalam penglibatan permainan Demon’s Soul! Demon’s Souls Remastered adalah pembuatan semula dari Soulsborne yang asli, Demon’s Souls. Ia tersedia sebagai tajuk pelancaran di PS5, dilancarkan hari ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post