Aku paling benci orang main tipu dalam game-game macam Counter Strike. Dehel, nak terer kau ingat senang ke? Main sampai subuh, tuang kelas, bontot keras kat kerusi cyber cafe, etc.
Seriously, people that want games to be free don't know the problems of that. Free games mean cheater paradise on PC. We saw that with CSGO turning F2P. Valve banned 1 million accounts last month. Be very careful what you wish for.
— Rick (@rice_nl) February 7, 2019
Sistem Valve Anti-Cheat (VAC), sebuah sistem berdasarkan AI telah ban lebih sejuta pemain daripada platformnya; berdasarkan info daripada SteamDB. Setakat November 2018, jumlah ban oleh VAC gila rekod tertinggi dalam masa 1 bulan iaitu 192,000. Bulan Disember pulak lagi mencanak dia pegi, 3 kali ganda bro: 600,000. Masuk Jan 19, naik lagi menjadi 1.03 juta.
Kenaikan ni dikatakan berpunca daripada keputusan untuk menjadikan Counter-Strike: Global Offensive sebagai game free-to-play pada hujung tahun lepas. Ini menunjukkan kemasukan ramai gila pemain-pemain baru; sekali dengan kaki main tipu.
Valve issued 1 MILLION #CSGO VAC bans in January…
Has going F2P brought in too many cheaters? What are your thoughts?
Read more (via @UnikrnCo) 👉https://t.co/U4HuW0W3jH pic.twitter.com/90UHUl4pNs
— ChallengeMe.GG (@CME_GG) February 5, 2019
VAC ni bekerja dalam lebih 300 game, tapi dia kasi attention lebih sket kat CS:GO sebab ye la kan, flagship. Ada yang mengatakan yang Valve buat CS:GO free-to-play sebab nak train VAC punya machine-learning algorithm. Tak tau la..
Aku level cheat paling tinggi pun forge item masa zaman Diablo II dulu. Punca dia member aku cilaka imbue Tyrael’s Sword dengan mende apa tah..jilake jadi socketed long sword. Sampai harini aku ingat. So aku cheat sebab nak pedang tu balik. Boleh ke camni?
https://www.youtube.com/watch?v=BTfX0L6BXG0
@gamersantaimy
Discussion about this post