Para gamer, masa untuk merebut tawaran hebat sudah tiba! SEGA kini sedang mengadakan Summer Early-Bird Sale di PlayStation Store, dengan potongan harga sehingga 90% untuk game terpilih di PlayStation 4 dan PlayStation 5.
Promosi terhad ini berlangsung sehingga 11 Jun 2025 dan menampilkan pelbagai judul popular daripada SEGA dan ATLUS pada harga yang sangat berpatutan.
Antara tawaran menarik ialah Like a Dragon: Pirate Yakuza in Hawaii, sebuah game aksi pengembaraan di lautan luas, kini ditawarkan pada harga RM150.40 (diskaun 20% daripada harga asal RM188.00). Peminat Ryu Ga Gotoku Studio kini boleh menikmati tajuk ini dengan harga lebih rendah.
Bagi yang gemarkan aksi pantas, Sonic Superstars Digital Deluxe Edition kini boleh dimiliki dengan separuh harga – RM101.38 (harga asal RM202.76) – menampilkan perlumbaan berkelajuan tinggi dalam zon 3D bergaya klasik Sonic.
Peminat ATLUS juga tidak dilupakan. Persona 3 Reload, sebuah remake RPG yang juga antara wajah utama francais Persona, kini boleh dimiliki pada harga RM121.75 (diskaun 50% daripada RM243.51).
Untuk mereka yang mengimpikan pengembaraan epik berunsur fantasi, Unicorn Overlord turut ditawarkan pada harga istimewa – RM146.10 (diskaun 40% daripada RM243.51) – membawa anda ke dunia penuh warna-warni untuk menuntut kembali takhta kerajaan.
Daripada siri Like a Dragon, Persona, Sonic dan banyak lagi, ada sesuatu untuk semua jenis pemain. Kunjungi laman jualan rasmi untuk melihat senarai penuh tajuk-tajuk yang ditawarkan sebelum SEGA Summer Early-Bird Sale berakhir pada 11 Jun 2025. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post