SEGA kembali dengan promosi baharu untuk pemain-pemain PlayStation! Kini SEGA PUBLISHER SALE untuk Februari 2024 sedang berlangsung! Waktu inilah untuk anda mendapatkan tajuk-tajuk hebat daripada SEGA! Ada beberapa tajuk PS4 yang menawarkan harga istimewa sekarang!

Selain itu, game Football Manager 2024 turut mendapat tawaran harga istimewa buat pertama kali! Tawaran ini diadakan sempena ulang tahun ke-20 francais. Sebagai tambahan, demo Football Manager 2024 untuk konsol PS5 juga tersedia untuk mereka yang ingin mencuba game ini. Tetapi anda perlu melanggan PlayStation Plus untuk mengakses demo tersebut.

Tajuk popular lain juga menjadi highlight untuk SEGA PUBLISHER SALE Februari 2024, seperti Bayonetta & Vanquish Bundle oleh PlatinumGames, Shenmue I & II, bundle yang dilepaskan semula memaparkan game 3D open-world dengan ciri-ciri baharu. Jom kita lihat tajuk-tajuk lain yang anda boleh dapatkan!
- Football Manager — RM 159.20 (-20%)
- Bayonetta & Vanquish 10th Anniversary Bundle — RM 76 (-50%)
- Shenmue I & II — RM 27.20 (-80%)
- Dengeki Bunko: Fighting Climax Ignition — RM 35 (-80%)
- Shining Resonance Refrain — RM 37.60 (-80%)
- Alien Isolation — RM 42.25 (-75%)
- New Sakura Wars — RM 48.40 (-80%)
- Sakura Wars — RM 51.20 (-80%)
- BLADE ARCUS Rebellion from Shining — RM 38.20 (-80%)
Promosi ini hanya tersedia bermula hari ini, 14 Februari sehingga 28 Februari sahaja! Jadi jangan lepaskan peluang ini! Untuk mendapatkan segala liputan lain mengenai promosi yang berlangsung, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post