SEGA telah mengumumkan bahawa mereka akan kembali membuka booth di Thailand Game Show 2023, yang akan berlangsung di Queen Sirikit National Convention Center bermula 20 Oktober sehingga 22 Oktober ini!

Pelbagai demo game yang akan tersedia di booth SEGA itu nanti. Antaranya, Sonic Superstars, Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name, Like a Dragon: Infinite Wealth, Endless Dungeon dan juga game ATLUS akan datang, Persona 3 Reload. Kesemuanya boleh dimainkan pada bahagian demo yang tersedia.
Bukan setakat itu sahaja, pengunjung yang singgah untuk bermain demo atau menyertai aktiviti-aktiviti di booth akan membawa pulang hadiah percuma! Hadiah tersebut termasuklah poskad game HATSUNE MIKU: COLORFUL STAGE!, yang telah dilancarkan di Asia Tenggara pada September yang lalu! Berikut adalah hadiah-hadiah percuma yang anda boleh dapatkan.
- Topeng Sonic Superstars

- Shopping Bag bertema
- Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name
- Like a Dragon: Infinite Wealth
- Persona 3 Reload

- ENDLESS Dungeon Original Sticker

- Poskad HATSUNE MIKU: COLORFUL STAGE!

Kalau ada antara anda yang berkesempatan untuk ke acara Thailand Game Show x Wonder Festival Bangkok 2023 nanti, jangan lupa untuk singgah ke booth SEGA! Anda boleh lawati laman web rasmi acara untuk maklumat lanjut!
Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post