Syarikat gaming chair premium daripada Singapura, Secretlab telah berjaya melonjakkan status diri di kejohanan antarabangsa Dota 2 dengan menjadi rakan kongsi untuk gaming chair eksklusif di kejohanan TI9 yang bernilai berjuta-juta dolar. Post di laman FB rasmi Secretlab memberi kita pandangan pertama pada gaming chair direka khas sempena The International Dota 2 Championship.
Menurut Secretlab, kerana tema untuk TI9 tahun ini berwarna ungu, mereka mencipta kerusi ini dengan fikiran tersebut. Gaming Chair yang dijual pula berwarna classic red di mana warna itu dikatakan sesuai untuk mana-mana setup gaming. Badan kerusi juga menampilkan sulaman, dengan kata-kata “The International Dota 2 Championship“. Untuk menambah keselesaan gaming pemain, armrest dan badan kerusi boleh diubahsuai mengikut citarasa pemain.
Edisi Gaming Chair eksklusif Dota 2 ini ialah Secretlab Titan dan Secretlab Omega dan boleh dibeli tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Secretlab atau jenguk FB mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post