Hari ini, pembangun dan penerbit hiburan interaktif global, miHoYo mengumumkan bahawa Genshin Impact, tajuk RPG aksi dunia terbuka terbarunya, kini tersedia di PlayStation 4, PC, Android, dan iOS di seluruh dunia. Genshin Impact bertujuan untuk menawarkan pengalaman pengembaraan yang mengasyikkan dengan pemandangan yang luas dan indah, sistem tempur berasaskan elemen yang menarik, watak watak yang beragam dengan cerita yang dikembangkan dengan baik dan cross-platform co-op mode.
“Selama tiga setengah tahun yang lalu, pasukan kami telah berusaha untuk mewujudkan permainan dunia terbuka yang luas dan indah di mana pemain mempunyai kebebasan untuk menjelajah sendirian atau membawa rakan-rakan dalam perjalanan ini,” kata Forrest Liu, Presiden Umum miHoYo. “Kami sangat bersyukur kerana mempunyai lebih dari 10 juta pemain yang telah melakukan pra-pendaftaran untuk Genshin Impact di PS4, PC, dan mudah alih di seluruh dunia. Kami tidak sabar untuk melihat anda semua di dunia Teyvat.”
Jadi tanpa lengahkan lagi masa, kami ingin mengongsikan ulasan dari temuramah yang dijalankan secara dalam talian bersama wakil pasukan miHoYo. Dengan membangunkan siri Honkai sebelum ini, Genshin Impact menggabungkan tetapan asal dan penceritaan gameplay mengfokuskan pada kepelbagaian watak yang boleh dimainkan dan interaksi antara elemen.
“Sesuatu yang baru, sesuatu yang menggembirakan, sesuatu yang tidak diimaginasi” telah menjadi moto miHoYo sejak hari pertama. Pada tahun 2017, kami mula terfikirkan permainan yang membolehkan pemain di pelbagai peranti dan platform bermain bersama adalah sesuatu yang berpotensi melebihi jangkaan pemain. Konsep dunia terbuka adalah kenderaan yang baik untuk banyak konsep kami dan memberikan kebebasan kepada pemain, dan dengan itu idea untuk mengembangkan permainan pengembaraan dunia terbuka lintas platform dilahirkan.
Konsep di sebalik Genshin Impact adalah mewujudkan pengalaman permainan terbuka dan pelbagai platform. Salah satu tujuan utama miHoYo adalah untuk membuat permainan yang “di luar khayalan“, dan Genshin Impact dikandung sejak awal sebagai tajuk cross-platform. Kebebasan adalah ciri permainan dunia terbuka dan bagi mereka ini bermaksud lebih daripada sekadar memiliki dunia terbuka luas untuk diterokai dalam permainan, tetapi juga untuk meminimumkan sekatan yang mungkin dihadapi pemain dari segi peranti yang mereka mainkan. Memungkinkan pemain menggunakan peranti yang berbeza untuk meneroka tanah Teyvat, sama ada sendiri atau dengan pemain di platform yang berbeza. Inilah sebabnya mengapa miHoYo memutuskan untuk mengembangkan untuk pelbagai platform termasuk PC, mudah alih dan konsol pada masa yang sama, dan menjadikan kerjasama cross-platform sebagai bahagian penting dalam pembangunan.
“Kami berusaha keras untuk memastikan bahawa permainan berjalan lancar di ketiga-tiga platform, dan untuk mengoptimumkan setiap platform.”
Dalam Genshin Impact, drop mechanics terjamin tersedia untuk sistem “Wish” permainan. Lihat setiap “Wish Card Pool” dalam permainan untuk melihat kadar penurunan terperinci. Selain itu, akan terdapat pelbagai acara dalam permainan dari masa ke semasa mengikuti penyesuaian dengan suasana dunia yang akan serupa dengan acara festival yang dilancarkan dalam versi beta sebelum ini untuk memperkaya pengalaman pemain.
Dalam permainan, pemain dapat membuka 4 watak utama untuk digunakan dalam menjelajah dunia Teyvat dengan hanya melalui jalan cerita. Pemain juga boleh mendapatkan bahan, peralatan, senjata dan watak lain dengan menyelesaikan cabaran dan pencarian. Sudah tentu, sistem Wish juga tersedia untuk pemain yang ingin mempunyai akses kepada lebih banyak watak dan peralatan. Untuk map, sudah semestinya anda dapat membuka setiap map apabila anda telah mengikut perjalanan pencaritaan dan level up peringkat ke peringkat.
Untuk Mod co-op pula akan dibuka jika pemain telah sampai ke Adventure Rank 16, membenarkan anda untuk menjelajah Teyvat sehingga 4 orang pemain dan berlawan bersama dengan senario berorientasikan co-op seperti pergaduhan bos dan cabaran domain. Kandungan seperti pencarian utama dan pencarian sampingan hanya dapat dimainkan dalam pemain tunggal.
Sebagai ARPG dunia terbuka, penerokaan peta dunia yang luas berada di tengah-tengah pengalaman permainan Genshin Impact. Terdapat berpuluh-puluh jam kandungan eksplorasi yang unik, dan konsep “penyelesaian” sepenuhnya bergantung pada setiap pemain.
Selain itu, beberapa acara di Genshin Impact akan mempunyai mekanisme Stamina yang terhad tetapi bukan di pengembaraan core gameplay dunia terbuka. Ini akan termasuk main quest dan side quests, teka-teki dan koleksi selebihnya.
“Matlamat kami adalah untuk memberi pengalaman permainan terbaik yang memberi peluang kepada pemain meneroka dunia Teyvat dengan luas. Selalunya, setiap pemain mempunyai dunia permainan mereka sendiri, tetapi pemain boleh mengundang pemain dan rakan lain untuk turut serta dalam dunia mereka. Pemain yang dijemput dapat mengumpulkan barang-barang seperti bijih dan tanaman di peta dunia, tetapi barang yang lebih berharga seperti peti, Anemoculi dan Geoculi hanya dapat dikumpulkan di dunia permainan anda sendiri, mengekalkan integriti pengalaman pemain tunggal yang mengasyikkan. Sudah tentu, rakan yang sertai dalam mod ini akan mendapat ganjaran pertempuran bos yang setara.”
Kita tahu bahawa Genshin Impact hadir di pelbagai platform, tetapi grafik di telefon pintar semestinya berbeza dari PC dan PS4 yang sememangnya memuaskan. Menurut miHoYo, setaiap platform terdapat ciri dan kelebihannya yang tersendiri, dan mereka mengoptimumkan permainan untuk memanfaatkan kelebihan setiap platform, bagi memberikan pengalaman permainan yang memuaskan tanpa mengira peranti mana yang anda mainkan.
“Kami bekerja keras untuk mengoptimumkan grafik untuk telefon bimbit, walaupun prestasi juga dipengaruhi oleh spesifikasi peranti anda.”
Genshin Impact menggabungkan pengalaman permainan pemain tunggal dan co-op dengan lancar, yang membolehkan pemain meneroka dunia permainan sendiri atau menjemput rakan-rakan untuk beraksi di samping mereka. PVP bukan salah satu bidang yang miHoYo telah fokuskan, dan tidak akan ada sistem “pay to win”.
“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan persekitaran bebas bermain (F2P) yang mesra, di mana pemain boleh memilih secara bebas sama ada dan bagaimana mereka ingin membelanjakan wang.”
Kemudian untuk kemaskini akan datang, sama seperti daripada demo hingga kini pelbagai watak akan datang akan terus dikemaskini selepas ceritanya dilancarkan. Menurut miHoYo, pelancaran hari ini hanyalah permulaan perjalanan Genshin Impact. Semasa dilepaskan, pemain akan dapat menjelajahi Mondstadt dan Liyue Harbour – dua dari tujuh bandar utama di Teyvat – masing-masing dengan budaya, cerita, dan kawasan desa yang unik, dan keduanya penuh dengan kepelbagaian makhluk, raksasa, misteri, dan harta karun yang tersembunyi. Permainan ini akan terus berkembang dengan lebih banyak bandar, kisah lanjutan, watak baru, dan acara bermusim melalui kemas kini perkhidmatan langsung untuk memperkayakan permainan dan penerokaan dunia Teyvat. Perbaikan masa depan juga akan berusaha untuk terus mengoptimumkan prestasi teknikal Genshin Impact untuk setiap platform.
Sambil itu jom lihat gameplay dari kami untuk Genshin Impact;
Jadi pada yang berminat untuk memuat turun Genshin Impact, anda memerlukan sekurang-kurangnya 6GB memori untuk Android dan iOS. Kemudian untuk PC pula seperti dibawah;
Spesifikasi sistem Genshin Impact PC
- Operating Systems: Windows 7 SP1 64-bit, Windows 8.1 64-bit, atau Windows 10 64-bit (Windows 10 pembangunan dev tidak disokong pada masa ini)
- Pemproses: Intel Core i7 atau setaraf.
- RAM: 16 GB.
- Graphics Card: NVIDIA® GeForce® GTX 1060 6 GB atau lebih tinggi
- DirectX Version: 11.
- Storan: 30 GB
Anda boleh terus memuat turun melalui laman web rasmi Genshin Impact atau di PlayStation Store untuk PS4. Sebarang kemaskini akan terus dikongsikan di Twitter, Facebook dan YouTube Genshin Impact.
@gamersantaimy
Discussion about this post