Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebut saja GTA 6, automatik kena “mute” di Youtube Rockstar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2021
in Artikel, Berita, Open World
0 0
0
Sebut saja GTA 6, automatik kena “mute” di Youtube Rockstar!
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai peminat yang tidak sabar untuk dengar berita tentang Grand Theft Auto VI (GTA 6), dan setiap kali Rockstar Games memuat naik apa-apa posting pun di halaman sosial media, syarikat itu sentiasa dibanjiri dengan komen dan permintaan seperti “bila GTA 6 nak keluar, mana GTA 6,” dan sebagainya. Nampaknya Rockstar sudah tidak tahan, dan sekarang sesiapa yang menyebut tentang GTA 6, komennya akan terus “mute” di halaman Youtube rasmi mereka. Pengguna Twitter @Not_StrangeMan berkongsi tentang berita itu, dengan memuat naik dua gambar: satu adalah gambar komennya tentang GTA VI, dan satu lagi gambar, di mana komen tersebut tidak dapat dilihat oleh netizen lain.

Korang boleh melihat tweet dari @Not_StrangeMan di bawah:

https://twitter.com/Not_StrangeMan/status/1439642096437129217

Saya tidak pasti jika perkara ini dilakukan secara aktif di YouTube Rockstar tetapi mereka hanya akan “mute” ayat seperti GTA 6 sahaja buat masa ini. Kalau kita tulis GTA VI, komen tersebut tidak akan dipadam. Sekiranya terbukti benar mereka akan “mute” apa-apa komen yang berkait dengan GTA 6, saya faham sebab kenapa. Sejak kebelakangan ini, ramai peminat bersikap agak keterlaluan dan toxic, lagi-lagi apabila GTA 5 versi next-gen diumumkan di mana majoriti memberi “dislike”. Ramai yang kecewa ia bukan GTA 6 tetapi jangan lah kita bersikap seperti ini.

Saya tidak kata netizen salah memandangkan GTA 5 sudah lama ada di pasaran sejak 2013 dan sehingga hari ini, kita masih tidak ada berita kukuh tentang sekuelnya tetapi semua harus ingat bahawa pasukan Rockstar sedang bekerja keras di belakang tabir untuk menghasilkan satu game yang bagus di mata kita. Bayangkan jika mereka menunjukkan game yang belum siap seperti Cyberpunk 2077, sudah tentu lah ramai yang mengamuk. Secara tidak langsung, ia boleh menyebabkan ramai yang kurang berminat pada francais, mempunyai harapan negatif pada masa depan, dan malah boleh memberi impak kepada saluran pendapatan syarikat.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Walau apapun yang berlaku selepas ini, saya berharap semua peminat GTA akan ambil ini sebagai iktibar dan jangan lontarkan komen negatif ke arah Rockstar Games. Apabila mereka bersedia untuk mengumumkan Grand Theft Auto 6, barulah kita boleh memberi berseronok.

Adakah anda salah seorang yang masih menunggu GTA 6? Apa pendapat korang? Jom kongsikan bersama saya di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang GTA, sila tekan pautan ini.

Muat turun sekarang!!
Grand Theft Auto V
Developer: Rockstar Studios
Release Date: 2013-09-17
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Grand Theft Auto V merupakan permainan aksi pengembaraan yang dimajukan dan dikeluarkan oleh Rockstar North dan Rockstar Game. Menjadi lebih spekulasi dengan kehadiran GTA Online dengan membuat lebih ramai peminat teruja dengan kepelbagaian mod yang boleh dihasilkan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gtagta 6rockstar gamesToxicyoutube
Previous Post

FIFA 22 membuang pemain Man City Benjamin Mendy selepas tuduhan serangan seksual

Next Post

SNK vs. Capcom: The Match of the Millennium dilancarkan ke PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
SNK vs. Capcom: The Match of the Millennium dilancarkan ke PC!

SNK vs. Capcom: The Match of the Millennium dilancarkan ke PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd